Buat income juta-juta tetapi takut nak bayar cukai. Ini ialah cara terbaik untuk anda dapatkan pengecualian cukai dengan mudah

Sebagai ahli perniagaan, hanya ada 1 perkara yang tidak boleh lari seumur hidup iaitu sistem percukaian. Semakin banyak pendapatan, semakin banyak nilai cukai yang akan dikenakan.

Bagi sesetengah ahli perniagaan dan syarikat, sistem percukaian sebegini memberi tekanan kepada perniagaan dan menyusahkan kerana ianya bernilai setara dengan keuntungan yang diperolehi.

Semakin banyak pendapatan, semakin tinggi cukai.

Namun bagi ahli korporat dan perniagaan berskala besar, mereka sudah tahu banyak cara untuk dapatkan pengecualian cukai. Bagi mereka, cara ini lebih baik kerana dapat membantu masyarakat sambil memperolehi keuntungan berlipat kali ganda tanpa perlu bayar cukai yang tinggi.

Dalam dunia perniagaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan lembaga yang paling ditakuti oleh semua orang. LHDN tidak akan mengejar pada tahun semasa, tetapi akan mengejar audit 5-7 tahun sebelumnya. Kebanyakan syarikat tidak menyediakan dokumen yang lengkap untuk disimpan dalam tempoh masa 7 tahun tersebut.

Apabila syarikat menggunakan terlalu banyak cara untuk mengelak atau mendapatkan pengecualian cukai, ianya akan memakan diri sendiri pada masa hadapan.

Cara terbaik untuk anda dan syarikat menerima pengecualian cukai

Adalah dengan cara memberi sumbangan kepada badan amal yang telah menerima kelulusan daripada pihak LHDN.

Ada banyak badan amal dan projek yang telah diluluskan, namun anda perlu pilih projek dan badan amal yang mempunyai kebaikan terhadap masyarakat serta dapat memberi impak kepada syarikat dan branding anda.

Perkara utama yang anda perlu tekankan semasa pemilihan badan amal atau projek untuk dapatkan pengecualian cukai ialah:

Mempunyai nombor pengecualian cukai daripada LHDN

Mempunyai projek yang memberi manfaat kepada masyarakat

Mempunyai rekod yang telus dan tidak tersembunyi

Mempunyai nombor pengecualian cukai daripada LHDN

Mempunyai projek yang memberi manfaat kepada masyarakat

Mempunyai rekod yang telus dan tidak tersembunyi

Bagaimana pula nak menilai projek sama ada memberi manfaat atau tidak?

Anda boleh melihat projek yang bakal dijalankan. Selalunya, setiap badan amal mempunyai projek tertentu yang ingin dilakukan dan difokuskan bagi memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Anda juga boleh meminta projek masa hadapan yang bakal dijalankan atau masih dalam perancangan. Dari situ, anda boleh menilainya.

Jika badan amal tersebut memiliki rekod yang baik bagi projek sebelum ini, ianya lebih memudahkan anda untuk membuat penilaian.

Di mana nak cari badan amal yang mempunyai projek bagus dan mempunyai pengecualian cukai?

Anda tidak perlu pergi jauh untuk membuat carian atau kajian mengenai hal ini. Anda boleh terus memberikan sumbangan kewangan kepada Yayasan Ikhlas yang telah mempunyai projek bermanfaat dan memiliki kelulusan daripada pihak LHDN.

Antara projek yang sedang dan bakal dijalankan oleh Yayasan Ikhlas:

✅ Projek Pembangunan Sistem Air Bersih

  • Kg Tanah Hitam, Sik, Kedah (manfaat 121 rumah)
  • Kg Tebun, Simunjan, Sarawak (manfaat 25 rumah)

✅ Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Borneo

  • Kg Kilugus, Kuala Penyu, Sabah (Manfaat 210 pelajar)

Selepas projek ini selesai, akan ada lebih banyak projek bakal dijalankan dengan sumbangan yang anda berikan.

Selain projek yang dijalankan ini, Yayasan Ikhlas juga terlibat dalam banyak program seperti Kasih Ramadan, Pemerkasaan Ekonomi Wanita, Pembinaan Pusat Komuniti, Biasiswa Pendidikan, Tabung Bencana, Bantuan Pesakit Sihat dan banyak lagi. Semuanya ialah projek yang memberikan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Berapakah Pakej Sumbangan yang boleh dibuat?

Apabila menyentuh mengenai nilai sumbangan, ianya bergantung kepada nilai cukai yang dikenakan kepada syarikat anda. Namun Yayasan Ikhlas juga memberikan beberapa pakej nilai sumbangan dengan pelbagai manfaat kepada syarikat anda.

Syarikat anda boleh menerima manfaat berikut:

✅ Baju sukarelawan
✅ Sijil penghargaan dan cenderamata
✅ Tiket ke Malam Gala
✅ Yayasan Ikhlas 2023
✅ Nama penyumbang diletakkan pada signboard projek
✅ Nama penyumbang diletakkan pada bangunan yang dibina
✅ Dapat menyertai majls penyerahan sumbangan & liputan media
✅ Car window sticker edisi terhad
✅ Bersiaran dalam slot TV AlHijrah

Namun begitu, penerimaan ini bergantung kepada nilai yang anda sumbangkan kepada Yayasan Ikhlas.

Jika anda berminat untuk memberikan sumbangan dan menerima pengecualian cukai, anda boleh terus hubungi 60103030119 atau terus emailkan kepada korporat@yayasanikhlas.org.my

Anda boleh tetapkan masa dan tarikh untuk mendengar penerangan yang lebih jelas mengenai pakej sumbangan secara face to face dan mendapat lebih banyak info projek.

Jangan tunggu lama atau berfikir panjang, segera hubungi pihak Yayasan Ikhlas untuk mendapatkan pengecualian cukai anda tahun ini dan seterusnya.

Isi Maklumat Di Bawah: