Projek Pembinaan Telaga Tiub di Sik, Kedah

Sebuah Projek Rintis Yayasan Ikhlas akan berlangsung di Kampung Tanah Hitam, Sik, Kedah. Sebuah majlis akan berlangsung bagi melancarkan projek pembinaan telaga tiub (air bawah tanah) bagi membekalkan air bersih kepada penduduk Sik, Kedah pada 26 Feb 2022 ini.
 
Apabila projek ini siap, sebanyak 51,000 liter air bersih sehari bakal disalurkan untuk kegunaan harian makan dan minum kepada 132 keluarga di kampung tersebut.
 
Semoga urusan ini dipermudahkan dan akan membuka jalan kepada banyak lagi kampung-kampung di pedalaman yang menghadapi masalah bekalan air bersih sejak berdekad yang lalu.
 
Yayasan Ikhlas juga akan menjalankan projek pembekalan air bersih di Pantu, Sri Aman Sarawak dan juga di Pitas, Kudat Sabah pada tahun ini.
 
Teruskan mengikuti perkembangan projek Yayasan Ikhlas pada masa akan datang dan teruskan menyokong usaha murni ini.
Lebih berita terkini