Penyerahan Kit Bantuan Ke Sekolah Pertama Di Johor

Penyerahan Sumbangan Kit Bantuan Ke Sekolah pertama yang telah berlangsung di Johor. Majlis penyerahan tersebut telah berlangsung di Flat Pulai Perdana, Skudai.


Majlis yang dikendalikan oleh Yayasan Ikhlas cawangan Johor Bharu itu merupakan hasil kerjasama bersama NGO Isma Iskandar Puteri.

Turut hadir Hj Zainuddin Zainal Abidin selaku Penghulu Mukim Pulai bagi menyampaikan Kit Bantuan Ke Sekolah kepada seramai 40 orang pelajar yang juga merupakan peringkat pertama yang menerima kit ini.

Untuk makluman semua, Kit Bantuan Ke Sekolah ini juga bakal berlangsung di Mukim Tebrau dan daerah Kota Tinggi. Tahniah kepada Yayasan Ikhlas cawangan Johor dibawah kelolaan Saudara Khairul


Teruskan bersama menyokong projek-projek Yayasan Ikhlas yang akan datang.

Lebih berita terkini