MISI DI BAWAH BAYU 2021

InsyaAllah, Yayasan Ikhlas akan turun ke Sandakan dan Semporna, Sabah pada 10-16 November 2021 ini dalam Misi Di Bawah Bayu.

Antara 5 misi utama adalah:

  1. Pelancaran Perasmian Pusat Pembelajaran Al-Huda Kuala Bibang, Semporna bersama Sahibus Samahah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Mufti Sabah.
  2. Menyampaikan bantuan sumbangan Pek Ikhlas kepada mangsa kebakaran di Pulau Bum Bum bersama Mufti Sabah dan Majlis Dakwah Negara, MDN
  3. Kajian lapangan untuk Projek Air Bersih Pilot di Pulau Mabul, Sabah bersama Universiti Malaysia Sabah
  4. Menandatangani MoU Pusat Komuniti Al-Kisaie Learning Centre, Sandakan yang ditaja oleh Yayasan Ikhlas
  5. Perasmian Projek Baik Pulih Surau An-Nur dan Masjid Nurul Iman di Sandakan

Misi kali ini telah mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya: Majlis Dakwah Negara, Universiti Malaysia Sabah dan Semporna Prihatin.

Kami memohon doa semua agar misi ini berjalan lancar dan insyaAllah lebih banyak lagi bantuan dan manfaat dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Peduli dan Prihatin
Yayasan Ikhlas

Lebih berita terkini