Cahaya di surau menarik hati saya

“PADA waktu itu… dalam tahun 2000, kami di sini masih tiada elektrik. Hanya di surau ini sahaja yang ada lampu, kerana ada bekalan generator.

“Oleh kerana hanya surau sahaja yang ada elektrik, jadi cahayanya sentiasa menarik saya untuk datang ke surau dan seronok kerana di surau ada orang sedang belajar mengaji.

“Jadi, saya selalu datang surau melihat orang mengaji. Semasa sekolah juga, saya jarang ikut kelas pendidikan moral, tapi saya ikut kelas pengajian Islam.

“Bagi orang asli, memang agak sukar untuk belajar al-Quran, terutama dalam menyebut huruf ‘ر’.

“Walaupun ibu bapa saya belum memeluk agama Islam, tetapi saya yakin mereka akan mengucapkan Kalimah Syahadah suatu hari nanti.”

Ustaz Syukri Yahya adalah salah satu permata yang sangat berharga buat orang asli suku Temiar di POS Kuala Mu.

Walaupun baru beberapa tahun memeluk Islam, namun semangat dan kecekalan Ustaz Syukri Yahya untuk belajar dan menyebarkan agama Islam di kalangan orang asli di Kuala Mu sangat membara.

Ustaz Syukri

Hasil kerja kerasnya, Ustaz Syukri Yahya dianugerahkan Tokoh Belia Orang Asli 2022 bagi daerah Kuala Kangsar bagi menghargai sumbangan dan kerja keras beliau.

Terbaru, Ustaz Syukri Yahya dianugerahkan Ikon Pelajar Mualaf sempena Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke 3 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Semoga dengan anugerah ini dapat menguatkan lagi semangat dan usaha gerak kerja dakwah beliau di Kuala Mu.

Bagi anda yang ingin menyumbang di Yayasan Ikhlas boleh terus membuat sumbangan di sedekahsini.com/kempen supaya ramai golongan asnaf mendapat manfaat hasil dari sumbangan anda atau bagi yang ingin menyumbang ke akaun bank boleh terus menyumbang ke Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Infaq).

More news