“Dalam sebuah komuniti kita tidak boleh ada sifat individualis (sendiri-sendiri) kerana boleh merosakkan hubungan sesama komuniti. Kita mesti maklum tentang keberadaan/keadaan jiran. Kalau boleh kita buang sikap INDIVIDUALIS” – ucapan ringkas Ustaz Bilal semalam.
Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk (PKP) Desa Tun Razak bergotong-royong memasak bubur lambuk dan diedarkan ke penduduk sekitar PPR Desa Tun Razak.
Selain aktiviti memasak dan mengedarkan bubur lambuk, turut diadakan Majlis Agihan Pek Bantuan Kasih Ramadan yang disertai dari team dari Astro Kasih dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) . Pek Bantuan Ramadan ini diagihkan kepada penerima yang menepati ciri-ciri seperti asnaf atau fakir miskin atau OKU.
Ayuh menyumbang bersama Yayasan Ikhlas pada bulan yang mulia ini.