3 Tahun Jambatan Rosak, Akhirnya Siap Dalam Masa 2 Hari.
- admin
Penduduk Kampung Cenderamata merupakan mangsa kebakaran tiga tahun yang lalu iaitu pada 2019. Tiada pilihan lain melainkan jambatan itulah merupakan laluan utama untuk mereka lalu lalang.
Hampir tiga tahun itu jugalah penduduk Kampung Cenderamata menderita menggunakan jambatan yang sudah usang dan bila-bila masa boleh roboh menyembah bumi.
Tidak mudah bagi mereka kerana jambatan yang sudah usang kayunya boleh mencederakan sesiapa sahaja termasuklah ibu mengandung, anak-anak dan juga warga emas yang lalu disitu.
Namun, kisah penduduk kampung ini telah menarik dan menyentuh hati seorang wanita dermawan yang ingin mengubah kehidupan penduduk Kampung Cenderamata.
Jambatan ini akhirnya berjaya dibina hanya dalam masa dua hari dari tarikh dibina iaitu dari 11 Februari 2022 dan siap dibina pada 12 Februari 2022.
Ianya adalah hasil kerjasama semua orang kampung disitu tidak kira bangsa, agama dan juga peringkat umur.
Alhamdulillah, setelah tiga tahun menderita akhirnya lega dalam masa 2 hari jambatan siap dibina. Tiada lagi kerisauan sepanjang melintasi jambatan ini.
Terima kasih kepada penyumbang!