Sempena Bulan Kemerdekaan, Yayasan Ikhlas mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkongsi pandangan, kisah, dan kreativiti menerusi video pendek berdurasi 30–60 saat di TikTok atau Instagram Reels.
Bagi anda, apa makna kemerdekaan sebenar? Adakah tentang perpaduan, kebaikan kecil, atau semangat saling membantu? Ceritakan kepada semua!
Johan: RM2,000 + Sijil
Naib Johan: RM1,500 + Sijil
Tempat Ke-3: RM1,000 + Sijil
Pilihan Netizen: RM500 + Sijil
Peserta boleh memilih satu (1) daripada tema berikut untuk penghasilan video:
Langkah 1: Hasilkan Video – Cipta video kreatif berdurasi 30–60 saat berdasarkan tema pilihan.
Langkah 2: Muat Naik – Post video di TikTok dan/atau Instagram Reels. Pastikan tetapan akaun anda adalah Public.
Langkah 3: Tag & Hashtag – Follow & tag @YayasanIkhlas serta sertakan hashtag wajib:
#CeritaMerdekaKita #MerdekaBilaKitaPeduli #YayasanIkhlas
Langkah 4: Hantar Pautan – Isi borang pendaftaran rasmi dan sertakan pautan (link) video anda. (Maksimum 2 penyertaan setiap peserta).
Q: Siapa yang layak menyertai pertandingan ini?
A: Terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas.
Q: Boleh tak saya menghantar lebih daripada satu video?
A: Boleh! Setiap peserta dibenarkan menghantar maksimum dua (2) penyertaan sahaja.
Q: Apakah format video yang dibenarkan?
A: Format bebas seperti storytelling, lakonan, POV, vlog, cinematic, voice-over, atau temu bual.
Anjuran: Yayasan Ikhlas (Jabatan Pemasaran dan Media)
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di media sosial rasmi @YayasanIkhlas
Infak Van Jenazah Buat Surau Muttaqin, Taman Desa Mas