BAKUL KASIH RAMADAN

Terima kasih di atas sokongan anda

Sumbangan anda untuk merealisasikan inisiatif Kasih Ramadan

0
Rakan agensi dan korporat
0
Penerima Manfaat
RM 0
Nilai bantuan yang telah disampaikan

Usaha kami untuk memastikan

Senyuman dapat diukirkan pada wajah penerima
dalam menyambut Ramadan

Projek inisiatif berunsur kebajikan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas (YI) dengan kerjasama pihak hospital bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat para pesakit yang kurang bernasib baik dalam menjalani proses rawatan yang memerlukan alat-alat tertentu dengan kos yang agak tinggi dan di luar kemampuan pesakit tersebut

Ini Aspirasi Kami

Kasih Ramadan adalah inisiatif membantu anak yatim & asnaf di seluruh Malaysia yang kesusahan menempuhi bulan Ramadan.

Hasil sumbangan anda, kami berjaya membantu ribuan keluarga sepanjang Ramadan lepas. Terima kasih kepada anda & juga kepada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan & persatuan mahasiswa yang turut menyumbang.

Kasih Ramadan merupakan penjenamaan baru projek Bakul Kasih Ramadan yang telah dijalankan sejak 2014 kini menjangkau tahun ke-9.

Melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan demi agama, bangsa, dan negara.

Bantuan yang disampaikan dalam Bakul Kasih Ramadan tidak terhad kepada barangan makanan asas sahaja, tetapi Bakul Kasih Ramadan hadir dengan hasrat menghadiahkan keriangan dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Sokongan dari badan korporat dan agensi

Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan, kami sangat mengalukan kerjasama bersama syarikat korporat dan agensi-agensi yang berhasrat menyumbang kepada komuniti. Sokongan ini disalurkan dalam bentuk tajaan produk, tenaga kerja dan penganjuran program bersama komuniti setempat.

Sokongan ini juga membuktikan bahawa Yayasan Ikhlas diyakini dan dipercayai seterusnya menjadi rakan kemanusiaan rakyat Malaysia.

Sinar Ramadan dan Aidilfitri

Sumbangan yang dihulurkan tidaklah begitu besar namun harapan dan hasrat kami di Yayasan Ikhlas supaya para penerima manfaat dapat menyambut bulan Ramadan dan meraikan hari lebaran dengan ceria dan riang.

Insiatif Kasih Ramadan

2015

Fasa Pertama

Tahun pertama Bakul Kasih Ramadan dijalankan dengan kerjasama ejen dan badan NGO lain. Seramai 22,956 orang penerima manfaat.

2021

Fasa Kedua

Yayasan Ikhlas membuka cawangan di beberapa buah kawasan dan mula menggerakkan bantuan secara sendiri. Sebanyak 7,972 orang penerima manfaat dicatatkan pada tahun tersebut.

2022

Fasa Ketiga

Kempen BKR dijenamakan semula kepada Kasih Ramadan dengan pek pemberian meliputi barangan makanan asas, pek makanan, pakaian raya dan kuih-muih.

2020

Fasa Pertama

Pada tahun pertama, BPS telah membantu seramai 3 orang penerima manfaat.

2021

Fasa Kedua

Yayasan Ikhlas bekerjasama dengan I-Medik dan telah berajya membantu seramai 84 orang penerima manfaat.

2022

Fasa Ketiga

Kempen BPS diteruskan dan telah membantu seramai 65 orang penerima manfaat.

2023

Fasa Keempat

Kempen BPS dijenamakan semula dan konsep kempen lebih bersifat khusus kepada setiap penerima manfaat.

TAKE THE NEXT STEP

TOGETHER WE HELP THOSE IN NEED

YAYASAN IKHLAS (PPAB-09/2009)

No 25-1-1, 27-1-1, Jalan Pusat Bandar 1A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

DONATE