Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) sehingga bertemu Ramadan seterusnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dan ianya juga menjadi satu hutang kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Hari yang tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Tahun yang ditinggalkan
Atau gunakan kalkulator Fidyah di bawah:
Jumlah Fidyah: RM 0
Ramadan kali ini, Yayasan Ikhlas mengagihkan makanan ruji seperti beras terus kepada golongan fakir & miskin di seluruh semenanjung Malaysia & pedalaman kepulauan Sabah & Sarawak.
Mereka yang akan dibantu merupakan golongan yang bukan sahaja tidak mempunyai duit yang cukup, malah kekurangan keperluan asas seperti air, makanan, rumah dan pakaian.
Ini bukti bahawa Yayasan Ikhlas jujur & komited dalam menyampaikan amanah kepada orang ramai. Setiap bayaran anda akan sampai terus kepada mereka yang layak.
Anda boleh terus membuat pembayaran ke akaun Yayasan Ikhlas seperti tertera di bawah,
Atau boleh terus melakukan pembayaran secara online di bawah.
Sempena Ramadan yang menjelang, kami juga menjalankan kempen Kasih Ramadan, yang mana sumbangan anda akan kami salurkan kepada golongan asnaf & anak yatim di Malaysia.
Bantuan yang akan disampaikan mengandungi 3 jenis bantuan seperti Pek Ramadan, Pek Iftar dan Pek Raya.
Kesemua bantuan ini akan memberikan mereka peluang meraikan Ramadan & Syawal sama seperti kita.
Anda boleh langsaikan hutang fidyah dan turut menyumbang dalam kempen Kasih Ramadan di bawah.
Yayasan Ikhlas telah komited sejak 2009 menyalurkan bantuan di pedalaman Sabah & Sarawak melalui beberapa projek pendidikan dan komuniti. Antaranya ialah:
Pembinaan sekolah agama untuk anak-anak Muslim di pedalaman Borneo, antaranya di:
🔵 Kg Kilugus, Kuala Penyu, Sabah (manfaat kepada 210 orang pelajar)
🔵 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Pekan 2, Semporna, Sabah
🔵 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Kuala Bibang, Semporna, Sabah
Projek baik pulih surau & masjid yang rosak atau musnah, serta bina surau & masjid di kawasan majoriti muslim tetapi tiada tempat beribadah seperti di pedalaman Sabah. Antaranya di:
🔵 Kg Sosondoton, Ranau, Sabah
Projek pembinaan sumber air bersih untuk penduduk di kampung pedalaman, antaranya di:
🔵 Kg Tebun, Simunjan, Sarawak ( manfaat kepada 25 buah rumah)
🔵 Kg Tanah Hitam, Sik, Kedah (manfaat kepada 121 buah rumah)
Bantu Bina Tahviz TVET Pertama di Semporna