Bayar Fidyah
Serendah RM4 Sehari

Apa Itu Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) sehingga bertemu Ramadan seterusnya.

Hukum Bayar Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dan ianya juga menjadi satu hutang kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.”

(Riwayat al-Tirmizi)

5 Golongan Wajib Bayar Fidyah

  • Melambatkan ganti puasa (qada’)

    Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

  • Meninggalkan puasa kerana hamil atau menyusukan anak

    Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran, atau ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

  • Meninggalkan puasa kerana tua atau sakit kronik

    Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

  • Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit

    Musafir dan pesakit yang tidak menqadakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menqadakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

  • Orang yang telah meninggal dunia

    Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Cara Kira Fidyah

Hari yang tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Tahun yang ditinggalkan

Sempurnakan Fidyah Anda Bersama Yayasan Ikhlas

Poster Website Fidyah Headline

Ramadan kali ini, Yayasan Ikhlas akan meneruskan misi agihan makanan ruji seperti beras terus kepada golongan fakir & miskin terutama di pedalaman & kepulauan Sabah.

Mereka yang bakal menerima manfaat adalah merupakan golongan yang bukan sahaja tidak mempunyai duit yang cukup, malah keperluan asas seperti air, makanan, rumah dan pakaian pun tidak sempurna.

Situasi Dikenakan Fidyah

Lebih 10,000 Pembayar Fidyah Yayasan Ikhlas

Ini bukti bahawa Yayasan Ikhlas jujur & komited dalam menyampaikan amanah kepada orang ramai. Setiap bayaran anda akan sampai terus kepada mereka yang layak. 

Anda boleh terus membuat pembayaran ke akaun Yayasan Ikhlas seperti tertera di bawah,

Poster Akaun Website Fidyah

Atau boleh terus melakukan pembayaran secara online di bawah.

Beri Seadanya,
Berkongsi Seikhlasnya

Sempena Ramadan yang menjelang, kami juga menjalankan kempen Kasih Ramadan, yang mana sumbangan anda akan kami salurkan kepada golongan asnaf & anak yatim di Malaysia.

Bantuan yang akan disampaikan mengandungi 3 jenis bantuan seperti Pek Ramadan, Pek Iftar dan Pek Raya.

Kesemua bantuan ini akan memberikan mereka peluang meraikan Ramadan & Syawal sama seperti kita.

Anda boleh langsaikan hutang fidyah dan turut menyumbang seikhlas hati dalam kempen Kasih Ramadan dan kempen-kempen kebajikan Yayasan Ikhlas yang lain.

Projek Yayasan Ikhlas Di Borneo

Yayasan Ikhlas telah komited sejak 2009 menyalurkan bantuan di pedalaman Sabah & Sarawak melalui beberapa projek pendidikan dan komuniti. Antaranya ialah:

Sekolah Agama Rakyat

Pembinaan sekolah agama untuk anak-anak Muslim di pedalaman Borneo, antaranya di:
🔵 Kg Kilugus, Kuala Penyu, Sabah (manfaat kepada 210 orang pelajar)
🔵 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Pekan 2, Semporna, Sabah
🔵 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Kuala Bibang, Semporna, Sabah

Demi Surauku

Projek baik pulih surau & masjid yang rosak atau musnah, serta bina surau & masjid di kawasan majoriti muslim tetapi tiada tempat beribadah seperti di pedalaman Sabah. Antaranya di:
🔵 Kg Sosondoton, Ranau, Sabah

Projek Air Bersih

Projek pembinaan sumber air bersih untuk penduduk di kampung pedalaman, antaranya di:
🔵 Kg Tebun, Simunjan, Sarawak ( manfaat kepada 25 buah rumah)
🔵 Kg Tanah Hitam, Sik, Kedah (manfaat kepada 121 buah rumah)

Bayar Fidyah Sekarang