{"id":16757,"date":"2026-05-26T14:11:53","date_gmt":"2026-05-26T06:11:53","guid":{"rendered":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/?p=16757"},"modified":"2026-05-26T14:11:55","modified_gmt":"2026-05-26T06:11:55","slug":"daging-korban-darah-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/daging-korban-darah-tinggi\/","title":{"rendered":"Daging Korban Boleh Naikkan Tekanan Darah? Ini Faktanya"},"content":{"rendered":"<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;<em>Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!<\/em>&#8220;<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah secara automatik menjadi punca hipertensi (Darah tinggi), atau ia sekadar salah faham yang diwarisi zaman-berzaman?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, bukan semua jenis daging itu sama dan daging semata-mata bukanlah punca utama darah tinggi. Pengambilan daging merah tanpa lemak yang tidak diproses (seperti daging lembu atau kambing yang dibuang lemaknya) dalam kuantiti sederhana tidak terbukti secara langsung menyebabkan tekanan darah tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, di mana silapnya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Punca sebenar hipertensi yang sering kita terlepas pandang ketika Hari Raya adalah <strong>cara masakan<\/strong> dan <strong>tabiat pemakanan<\/strong> kita. Apabila tiba musim perayaan, kita cenderung memasak hidangan seperti sup tulang atau gulai yang tinggi kandungan garam. Sup tulang yang dimasak terlalu lama dan pekat juga mengandungi lemak tepu dan purin yang tinggi. Kombinasi ini bukan sahaja membebankan buah pinggang, malah boleh mencetuskan serangan gout.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada itu, daging yang digoreng dalam minyak yang banyak (deep-fried) akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL). Lama-kelamaan, ia boleh menyempitkan saluran darah dan mendorong kepada peningkatan tekanan darah serta risiko serangan jantung. Masalah bertambah apabila kita cenderung makan lebih banyak daripada biasa, kurang mengambil serat\/sayur-sayuran, dan kurang minum air kosong.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Panduan Menikmati Hidangan Korban Secara Sihat<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi anda yang ingin menikmati hidangan raya tanpa menjejaskan kesihatan, beberapa langkah mudah ini boleh diamalkan:<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1080\" height=\"1080\" src=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-2.png\" alt=\"daging korban dan risiko darah tinggi\" class=\"wp-image-16761\" srcset=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-2.png 1080w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-2-768x768.png 768w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-2-12x12.png 12w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-2-450x450.png 450w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-2-100x100.png 100w\" sizes=\"(max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Kawal Saiz Hidangan<\/strong>: Hadkan pengambilan daging kepada satu atau dua hidangan kecil sehari. Saiz ideal bagi setiap hidangan adalah sekitar 85 hingga 90 gram (kira-kira saiz separuh tapak tangan anda, tidak termasuk jari).<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Pilih Bahagian yang sesuai<\/strong>: Pilih potongan daging yang rendah lemak seperti bahagian peha atau daging batang pinang (tenderloin), dan buang lemak yang kelihatan sebelum memasak.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Ubah Cara Masakan<\/strong>: Utamakan kaedah merebus, mengukus, atau memanggang berbanding menggoreng. Jika masak sup tulang, tapis lemak yang terapung di permukaan sebelum dihirup, dan hadkan pengambilannya kepada 2 hingga 3 kali seminggu sahaja.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Pemakan Seimbang<\/strong>: Pastikan setiap hidangan daging perlu diiringi dengan serat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi. Pastikan juga anda minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari (disyorkan air suam kerana ia membantu penghadaman lemak dengan lebih baik).<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Had Mingguan<\/strong>: Secara amnya, pastikan jumlah keseluruhan daging tidak melebihi 500 gram seminggu bagi orang dewasa yang sihat, atau sekitar 200 hingga 300 gram sahaja seminggu bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Golongan yang Perlu Lebih Berhati-hati<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sistem tubuh setiap individu adalah berbeza. Terdapat beberapa golongan yang perlu lebih berwaspada apabila mengambil daging. Bagi individu yang mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis, mereka perlulah mengawal saiz hidangan dan mengelakkan daging yang digoreng atau disalut tepung, serta mengelakkan masakan yang tinggi garam dan santan pekat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mereka yang menderita penyakit gout, perlu mengelakkan sama sekali bahagian organ dalaman (hati, buah pinggang, paru-paru) dan sup pekat kerana ia mengandungi kandungan purin yang sangat tinggi yang boleh mencetuskan serangan sakit sendi yang teruk. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala, diet yang terlalu tinggi protein pula boleh membebankan fungsi buah pinggang terutamanya bagi mereka yang sedia ada mempunyai masalah buah pinggang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlu juga diingatkan kepada golongan warga emas serta mereka yang memiliki sistem penghadaman yang lemah, seperti kerap mengalami kembung perut, berangin, atau pedih ulu hati, juga perlu mengambil daging dalam kuantiti yang lebih kecil. Hal ini kerana, sistem pencernaan golongan tersebut memerlukan masa lebih lama untuk memproses daging, dan mereka lebih berisiko mengalami sembelit, dan risiko usus tersumbat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"1080\" height=\"1080\" src=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-16764\" srcset=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-3.png 1080w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-3-768x768.png 768w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-3-12x12.png 12w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-3-450x450.png 450w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/daging-korban-darah-tinggi-3-100x100.png 100w\" sizes=\"(max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Tips Penghadaman Selepas Makan<\/h2>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Amalkan <strong>makan secara perlahan-lahan<\/strong> dan kunyah makanan dengan betul, sekurang-kurangnya dua puluh hingga tiga puluh kali kunyahan bagi setiap suapan. Ini bukan sahaja membantu memudahkan penghadaman tetapi juga memberi masa kepada otak untuk menerima isyarat kenyang, sekali gus mengelakkan makan berlebihan.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Jangan makan dalam keadaan terlalu lapar<\/strong> kerana ia cenderung menyebabkan seseorang makan terlalu banyak dan terlalu cepat.<\/li>\n\n\n\n<li>Selepas menikmati <strong>hidangan ringan<\/strong>, luangkan masa untuk berjalan kaki secara santai selama selama 15 minit ke 20 minit.<\/li>\n\n\n\n<li>Jika anda mengambil <strong>hidangan berat,<\/strong> pastikan anda berjalan 30 minit selepas makan bagi mengelakkan rasa senak . Amalan ini sangat efektif untuk membantu proses pencernaan dan mengawal paras gula dalam darah daripada mendadak naik.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Kesimpulan<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meraikan Hari Raya Aidiladha dan menikmati hidangan korban adalah satu bentuk nikmat yang perlu disyukuri, namun ia juga menuntut kesedaran dan kawalan kendiri. Semuanya berbalik kepada kesederhanaan, pilihlah cara memasak yang lebih sihat, dan seimbangkan antara daging dengan kumpulan makanan lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kronik, sila berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan berdaftar sebelum membuat sebarang perubahan kepada diet anda. Semoga hari raya ini dapat kita nikmati dengan penuh kesyukuran dan kesihatan yang sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr. Siti Sarah Amran,<br><a href=\"https:\/\/www.dbkl.gov.my\/jabatan\/jabatan-kesihatan-dan-alam-sekitar\">Pegawai Perubatan, DBKL<\/a><br>Aktivis\u00a0<a href=\"https:\/\/imedik.org\/\">I-Medik<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!&#8220; Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah secara automatik menjadi punca hipertensi (Darah tinggi), atau ia sekadar salah faham yang diwarisi zaman-berzaman? Sebenarnya, bukan semua jenis daging itu sama dan daging semata-mata&#8230;<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":16763,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":["post-16757","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-article-en"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16757","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16757"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16757\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16765,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16757\/revisions\/16765"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16757"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16757"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16757"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}