{"id":16591,"date":"2025-12-23T11:55:03","date_gmt":"2025-12-23T03:55:03","guid":{"rendered":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/?p=16591"},"modified":"2025-12-23T11:57:41","modified_gmt":"2025-12-23T03:57:41","slug":"sekolah-agama-rakyat-al-ikhlas-kg-kilugus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/sekolah-agama-rakyat-al-ikhlas-kg-kilugus\/","title":{"rendered":"Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas Kg. Kilugus: Dari Komuniti Untuk Komuniti"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu usaha datang dari hati komuniti sendiri, hasilnya bukan saja memberi manfaat pendidikan tetapi juga memperkukuh jalinan kasih sayang penduduk kampung.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"2560\" height=\"1440\" src=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/sekolah-agama-rakyat-kg-kilugus-scaled.webp\" alt=\"Bangunan Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas, Kg Kilugus, Kuala Penyu, Sabah\" class=\"wp-image-16592\" srcset=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/sekolah-agama-rakyat-kg-kilugus-scaled.webp 2560w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/sekolah-agama-rakyat-kg-kilugus-768x432.webp 768w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/sekolah-agama-rakyat-kg-kilugus-1536x864.webp 1536w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/sekolah-agama-rakyat-kg-kilugus-2048x1152.webp 2048w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/sekolah-agama-rakyat-kg-kilugus-18x10.webp 18w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/sekolah-agama-rakyat-kg-kilugus-600x338.webp 600w\" sizes=\"(max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas, Kg. Kilugus kini memberi manfaat kepada anak-anak kampung dalam pendidikan agama<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Kisah Bermula<\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada Disember 2022, Yayasan Ikhlas telah membuat lawatan ke kawasan ini. Pada awalnya, tanah yang dilawati dirancang untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun tatkala melihat realiti kehidupan anak-anak kampung, mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 11\u202fkm untuk ke sekolah agama yang terdekat. Itu bukan perjalanan mudah, terutama bagi kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan. Maka, dari situlah tercetusnya idea untuk membina Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas di Kg. Kilugus, Kuala Penyu, Sabah.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">\u201cBagai Bulan Jatuh Ke Riba\u201d<\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Idea pembinaan sekolah ini bukan sekadar diterima, malah disambut baik oleh pewakaf tanah tersebut. Keikhlasan pewakaf telah membuka jalan untuk merealisasikan hasrat bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yayasan Ikhlas kemudiannya bergerak mencari penaja untuk pembinaan sekolah ini dan <em>&#8220;Bagai bulan jatuh ke riba&#8221;<\/em>, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bersetuju menyokong inisiatif ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerjasama ini bukan sekadar tajaan biasa tetapi satu peluang besar untuk anak-anak Kg. Kilugus memiliki institusi pendidikan berdekatan rumah mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"1080\" height=\"810\" src=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/lawatan-sar-bpmb.webp\" alt=\"lawatan ke kelas di Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas oleh wakil BPMB dan JHEAINS\" class=\"wp-image-16593\" srcset=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/lawatan-sar-bpmb.webp 1080w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/lawatan-sar-bpmb-768x576.webp 768w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/lawatan-sar-bpmb-16x12.webp 16w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/lawatan-sar-bpmb-600x450.webp 600w\" sizes=\"(max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Lawatan ke salah satu kelas di Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas oleh wakil BPMB, Yayasan Ikhlas dan JHEAINS<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Perjalanan Projek<\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Projek ini dilaksanakan secara terancang dan berfasa:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Jun 2022<\/strong>: Pembinaan dimulakan<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Februari 2023<\/strong>: Pembinaan siap sepenuhnya<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Mac 2023<\/strong>: Pembelajaran rasmi bermula<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Disember 2025<\/strong>: Diserahkan kepada JHEAINS<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Dari Komuniti, Untuk Komuniti<\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah satu perkara yang benar\u2011benar menarik tentang projek ini adalah bagaimana ia dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2728 Kontraktor berasal dari kampung itu sendiri. Bukan orang luar, tetapi mereka yang hidup bersama setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2728 Penduduk kampung juga terlibat dalam pengurusan dan operasi harian sekolah setelah ia mula berfungsi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan tetapi juga menanam rasa tanggungjawab, kasih sayang dan kebanggaan terhadap sekolah sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itulah yang dimaksudkan dengan pepatah, <strong><em>\u201cDari komuniti untuk komuniti.\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"1080\" height=\"673\" src=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/majlis-penyerahan-sar-bpmb-jheains.webp\" alt=\"penyerahan SAR Al-Ikhlas kepada JHEAINS\" class=\"wp-image-16594\" srcset=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/majlis-penyerahan-sar-bpmb-jheains.webp 1080w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/majlis-penyerahan-sar-bpmb-jheains-768x479.webp 768w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/majlis-penyerahan-sar-bpmb-jheains-18x12.webp 18w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/majlis-penyerahan-sar-bpmb-jheains-600x374.webp 600w\" sizes=\"(max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Majlis Penyerahan Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas, Kg. Kilugus kepada Pn Siti Hasnita Ag Hussin , Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan, JHEAINS diserah oleh Tuan Jeffrey bin Jainun, Regional Director Sabah SME Bank, Kumpulan BPMB. Turut bersama wakil Yayasan Ikhlas, Tuan Ir. Amran bin Wahidi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ir. Hj Kamaruddin bin Kassim, Pengarah Bahagian Korporat<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Penyerahan Kepada JHEAINS<\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada Disember 2025, Sekolah Agama Rakyat Al-Ikhlas, Kg. Kilugus, Kuala Penyu telah diserahkan kepada JHEAINS sebagai satu langkah penting dalam kesinambungan pengurusan pendidikan agama di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) adalah badan yang amat berwibawa dan berkemahiran dalam mengurus pendidikan Islam dalam memastikan institusi ini terus berkembang, teratur, dan memberi manfaat besar kepada pelajar dan ibu bapa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini adalah model pembangunan komuniti yang membina bukan sahaja infrastruktur tetapi juga <strong>jiwa<\/strong>, <strong>amal<\/strong> dan <strong>perpaduan<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga kisah ini menjadi contoh kepada komuniti lain di seluruh negara, bahawa apabila semua pihak bekerjasama, kebaikan boleh terus berkembang dan dapat memberi manfaat jangka panjang.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu usaha datang dari hati komuniti sendiri, hasilnya bukan saja memberi manfaat pendidikan tetapi juga memperkukuh jalinan kasih sayang penduduk kampung. Kisah Bermula Pada Disember 2022,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":16595,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-16591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-updates"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16591"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16597,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16591\/revisions\/16597"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16595"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}