{"id":16033,"date":"2025-08-26T00:01:22","date_gmt":"2025-08-25T16:01:22","guid":{"rendered":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/?p=16033"},"modified":"2025-07-25T16:17:58","modified_gmt":"2025-07-25T08:17:58","slug":"akhlak-nabi-muhammad-saw","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/akhlak-nabi-muhammad-saw\/","title":{"rendered":"Akhlak Nabi Muhammad SAW: Teladan Sepanjang Zaman"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi Muhammad SAW bukan sekadar utusan terakhir, malah merupakan cerminan akhlak mulia yang menjadi panduan buat seluruh umat manusia.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1080\" height=\"1080\" src=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Akhlak-Nabi-SAW.webp\" alt=\"Akhlak Nabi Muhammad SAW yang boleh dicontohi seperti lemah lembut, pemaaf, jujur, amanah dan merendah diri\" class=\"wp-image-16059\" srcset=\"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Akhlak-Nabi-SAW.webp 1080w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Akhlak-Nabi-SAW-768x768.webp 768w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Akhlak-Nabi-SAW-12x12.webp 12w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Akhlak-Nabi-SAW-450x450.webp 450w, https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Akhlak-Nabi-SAW-100x100.webp 100w\" sizes=\"(max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Antara akhlak Rasulullah SAW yang menjadi teladan: lemah lembut, pemaaf, kasih sayang, jujur, amanah serta rendah diri.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda menunjukkan teladan akhlak yang tinggi dalam semua aspek kehidupan \u2013 sama ada dalam urusan peribadi, masyarakat, mahupun kepimpinan. Baginda adalah manusia pilihan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam.<br><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Akhlak Baginda Dalam Al-Quran<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT sendiri mengiktiraf kemuliaan akhlak Rasulullah SAW dalam Al-Quran:<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p class=\"has-text-align-center wp-block-paragraph\"><strong>\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u062e\u064f\u0644\u064f\u0642\u064d \u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u064d\u06e2 (4)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;<em>Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.<\/em>&#8220;<br>&#8211; Al-Qalam : 4<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat ini menjadi dalil yang kukuh bahawa akhlak Baginda bukan sekadar baik tetapi <strong>agung<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">1. <strong>Lemah Lembut &amp; Pemaaf<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi SAW dikenali sebagai seorang yang amat <strong>lembut tutur kata<\/strong>, tidak mudah marah dan sentiasa memaafkan orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; \u201cBagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya.\u201d Aisyah berkata;<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p class=\"has-text-align-left wp-block-paragraph\"><em>\u201cBagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya.\u201d Aisyah berkata; \u201cBaginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun.\u201d<\/em><br>&#8211; HR Ahmad No: 24797<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun sering dihina dan disakiti oleh orang Quraisy, Baginda tidak membalas dengan kekerasan. Sebaliknya, Baginda mendoakan mereka agar mendapat hidayah.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">2. <strong>Kasih Sayang Terhadap Semua<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhlak Nabi SAW sangat <strong>mengasihi kanak-kanak, orang miskin, wanita, dan haiwan<\/strong>. Baginda suka memuliakan tetamu, menyantuni jiran dan sentiasa menunaikan hak makhluk dengan penuh kasih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara contoh yang masyhur adalah Baginda mendukung cucu Baginda ketika sedang solat. diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari&nbsp;r.a&nbsp;beliau berkata:<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>&#8220;Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul\/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-\u2018Ash bin Rabi\u2019ah bin \u2018Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya.&#8221;<\/em><br>&#8211; Riwayat Al-Bukhari (516)<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">3. <strong>Jujur &amp; Amanah<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum diangkat sebagai Rasul, Nabi Muhammad SAW sudah digelar <strong>Al-Amin<\/strong>, yang bermaksud <strong>yang jujur dan boleh dipercayai<\/strong>. hal ini secara jelas boleh diperhatikan bagaimana Baginda menguruskan harta benda dan kekayaan yang diperolehinya dengan penuh kejujuran, kesederhanaan dan kebijaksanaan.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">4. <strong>Sederhana &amp; Merendah Diri<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda tidak pernah menunjukkan sikap sombong walaupun Baginda adalah manusia paling mulia. Nabi SAW duduk, makan dan tidur bersama sahabat seperti manusia biasa. Baginda juga menjahit bajunya sendiri dan membantu isteri dalam urusan rumah tangga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik contoh buat kita semua yang boleh dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda menunjukkan bagaimana menjadi seorang yang penyayang, jujur, pemaaf, dan tawaduk walaupun diuji dengan pelbagai dugaan. Semoga kita dapat menjadikan Baginda SAW sebagai model utama dalam membentuk <strong>keperibadian Muslim yang sebenar<\/strong>.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nabi Muhammad SAW bukan sekadar utusan terakhir, malah merupakan cerminan akhlak mulia yang menjadi panduan buat seluruh umat manusia. Baginda menunjukkan teladan akhlak yang tinggi dalam semua aspek kehidupan \u2013 sama ada dalam urusan peribadi, masyarakat, mahupun kepimpinan. Baginda adalah manusia pilihan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Akhlak Baginda Dalam Al-Quran Allah SWT&#8230;<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":16059,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":["post-16033","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-article-en"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16033","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16033"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16033\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16066,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16033\/revisions\/16066"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16059"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanikhlas.org.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}