Ibu bapa yang bekerja dan mengurus rumah tangga sering kali mengutamakan semua orang kecuali diri sendiri. Ini termasuklah seorang suri rumah, ibu tunggal atau bapa tunggal. Walaupun sibuk, self-care harus diberi penekanan kerana kita memerlukan fizikal dan mental yang sihat demi menghadapi cabaran-cabaran di hari dan tahun-tahun mendatang. Paling penting sebenarnya self-care bantu diri kita ‘burnout’.
Apakah rutin atau tindakan yang membantu kita kekal sihat, tenang, dan bertenaga?.Jom baca 5 Tips ini.
1. Luangkan “Me Time” Walaupun 10 Minit Sehari
Hanya 10 minit sehari diperlukan untuk ambil masa seketikan dan lakukan sesuatu yang anda boleh nikmati tanpa gangguan. Ini boleh jadi aktiviti mudah seperti minum kopi panas, membaca buku, atau mendengar muzik kegemaran. Bagi yang beragama Islam 10 minit Solat Tahajud sebelum Subuh sangat memberi makna. Tanpa gangguan. Hanya kita dan Pencipta semata.
2. Raikan Sekecil-Kecil Pencapaian
Kadang-kadang apabila terlalu sibuk melalui hari yang mencabar, kita terlupa memberi penghargaan buat diri sendiri. Ambil sedikit masa untuk ‘acknowledge’ pencapaian sama ada ianya kecil atau besar. Setiap kejayaan kecil ini adalah suatu ingatan bahawa anda memiliki keupayaan dan kekuatan tersendiri. Ini akan tingkatkan keyakinan dan percaya diri.
3. Rancang Masa untuk Senaman Ringkas dan Amalkan teknik pernafasan yang betul
Senaman ringan seperti stretching atau senaman bodyweight yang boleh dilakukan di rumah sangat bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan tenaga, tetapi juga membantu ibu bapa berasa lebih segar dan fokus.
Selain itu, amalkan teknik pernafasan yang dalam selama 5-10 minit. Ianya terbukti dapat membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Pakar mencadangkan ia dilakukan pada waktu pagi sebelum memulakan hari atau pada waktu malam sebelum tidur.
4. Tetapkan Masa Untuk Bebas Teknologi
Telefon dan komputer boleh menjadi punca stress tambahan. Tetapkan masa yang khusus untuk bebas dari gajet, seperti waktu makan malam tanpa telefon atau tempoh masa bebas skrin sebelum tidur. Bagi ibu bapa ianya bukan sahaja memberi ketenangan, tetapi juga membina hubungan yang lebih baik dengan anak-anak.
5. Jangan Takut untuk Minta Bantuan
Sebagai ibu bapa yang sentiasa bergelut dengan anak-anak dan kerjaya, penting untuk ingat bahawa tiada salahnya meminta bantuan, sama ada dari ahli keluarga, rakan, atau melalui perkhidmatan sokongan. Jika ada peluang untuk melepaskan sedikit bebanan, gunakanlah. Ambil masa ini untuk berehat dan bertenang.
Kesimpulan
Ketahuilah ibu bapa yang sibuk juga perlu menjaga diri kerana ini adalah salah satu pelaburan untuk kesejahteraan keluarga. Dengan mengamalkan self-care, mereka bukan sahaja dapat mengelak daripada merasa tertekan, tetapi juga dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal.
Selain itu, jom bersama kami menjaga kesihatan mental dalam program Minda Sihat, Keluarga Hebat pada 16 November 2024 ini. Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh menyedari simptom penyakit mental di kalangan ahli keluarga.
📩 Pertanyaan: wasap.my/60172774511 (Cik Ain)
Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda