Kes kehilangan semakin membimbangkan kebelakangan ini, terutama apabila ada yang berakhir dengan tragedi. Sama ada lelaki atau wanita, jenayah tidak memilih mangsa. Oleh itu, langkah menjaga keselamatan diri amatlah penting!
Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh membantu lelaki dan wanita menjaga keselamatan diri:
1. Beritahu Lokasi Anda kepada Orang Terdekat
Sebelum keluar, pastikan anda memaklumkan lokasi dan rancangan anda kepada rakan baik, ahli keluarga, atau pasangan. Ini memudahkan mereka mengesan anda dengan segera jika berlaku perkara yang tak diingini.
2. Bawa Alat Keselamatan Peribadi
Jika tinggal di kawasan berisiko tinggi, bawa alat keselamatan seperti semburan lada, wisel, atau alat pertahanan diri. Alat ini amat membantu jika anda merasa ada pergerakan yang mencurigakan. Bagi mereka yang sering melakukan aktiviti outdoor berseorangan seperti hiking atau camping, wisel adalah peralatan wajib untuk keselamatan.
3. Pilih Laluan yang Terang dan Selamat
Utamakan laluan yang terang dan ramai orang, terutamanya jika keluar pada waktu malam. Kalau nak jogging malam-malam, pilihlah kawasan yang cerah dan selamat!
4. Gunakan Teknologi untuk Keselamatan
Manfaatkan aplikasi keselamatan seperti Life360, yang boleh memantau lokasi anda dan memberi amaran kepada orang terdekat jika berlaku kecemasan. Muat turun dari Apple Store atau Google Play, aplikasi ini membolehkan keluarga atau rakan mengetahui keberadaan anda dengan mudah.
5. Belajar Teknik Pertahanan Diri
Ikuti kelas pertahanan diri untuk meningkatkan keyakinan dan kemampuan anda melindungi diri. Ketahui juga titik kelemahan seseorang yang mungkin boleh membantu dalam situasi berbahaya.
Semoga tips ini membantu anda berada dalam keadaan lebih selamat. Walaupun tips ini sering diingatkan, malang memang tak berbau. Sayangi diri dan pastikan keselamatan selalu diutamakan, terutama bagi mereka yang sering berseorangan.
Ingat, keselamatan adalah tanggungjawab kita sendiri!Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
Jom taja pendidikan anak-anak di pedalaman Sabah serendah RM30