Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Yayasan Ikhlas rancang bina ‘tube well’ di Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh

20Jan 2017
Yayasan Ikhlas rancang bina ‘tube well’ di Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh

BANGI, 21 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Yayasan Ikhlas (YI) dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan pertubuhan bukan kerajaan di Bangladesh, sedang mengumpul dana bagi membina ‘tube well’ atau telaga tiub di Kem Pelarian Rohingya Kutupalong di Ukhiya, Bangladesh.

Menurut wakil YI, projek yang diberi nama ‘Humanitarian Aid to Rohingya: Tube Well’ ini dicadangkan selepas misi pertama mereka ke kem tersebut.

Setiausaha Agung I-Medik, Prof Dr Azizi Ayob berkata, selepas melihat keadaan di sana, beliau mendapati air adalah sumber utama yang perlu diberikan pada mereka

“Keperluan itu sangat mendesak. Mereka sangat perlukan sumber air. Saya tak jumpa paip pun di sana. Sebahagian tempat airnya masin. Tiada filter process. Jadi kita terpaksa cari tempat untuk tambah punca air.

Pegawai Tugas-tugas Khas YI, Syafiq Syahmi Sazali berkata, pihaknya berhasrat membantu mereka buat masa sekarang dengan menyediakan tube well di beberapa kawasan dalam dan luar kem.

“Tak boleh buat semua di dalam kerana kawalan polis Bangladesh yang ketat. Satu tube well boleh digunakan oleh beratus-ratus orang. Kedalaman tube well ini adalah dari 50 hingga 100 kaki.

“Target bantuan ini disampaikan dalam beberapa misi iaitu pada awal Februari, Mei atau Jun (Ramadan), September (semasa hari raya korban) dan hujung tahun,” katanya.

“Bagi yang berkesudian untuk membantu, boleh beri dalam bentuk wang atau sebagainya. Satu tube well berjumlah RM1,000, juga alternatif lain ialah dengan membeli lot dengan satu lot berharga RM100.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan melalui akaun YI seperti di bawah:

No. Akaun Maybank : 5628 3463 6228
No. Akaun CIMB : 8600 601 366

Maklumkan jumlah sumbangan kepada :
En Syafiq Syahmi (0129790211)
Pegawai Tugas-tugas Yayasan Ikhlas