About Us / Introduction

Pengenalan Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 bertujuan untuk meringankan kesusahan dikalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, faqir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka dan untuk memberi suatu biasisiwa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia. Ianya juga bertujuan untuk memelihara dan memajukan kebudayaan dan taraf hidup sosial orang-orang Melayu dan Islam.


Yayasan Ikhlas sedia berkhidmat

VISI


Menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030.

MISI


Melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan demi agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF


  • Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.
  • Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana, yang ditimpa musibah mahu pun yang dalam kesusahan.