Yayasan Ikhlas

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Tentang Kami

Pada tahun 2016, Yayasan Ikhlas telah memainkan peranan penting di Malaysia dan Asia Tenggara, dalam pembangunan pendidikan, kebajikan dan perpaduan negara amnya. Dengan 14 projek kebajikan dan 10 produk Yayasan Ikhlas, seramai 17,923 orang dan keluarga telah menerima manfaat sepanjang 2016. Antara projek kebajikan Yayasan Ikhlas sepanjang 2016 ialah Karnival dan Seminar Pendidikan yang telah memberi manfaat kepada 860 orang remaja, sumbangan Ramadhan kepada 1,554 individu dan keluarga asnaf , 670 orang asli dididik kesedaran pendidikan dan kesihatan, 120 mualaf Sabah dididik ilmu dan kefahaman Islam, misi ke kawasan pendalaman Sarawak sebanyak 13 misi, ibadah korban di 5 negara dan pengagihan daging kepada lebih kurang 7000 orang dan al quran Waqaf diserahkan kepada 2000 orang di institusi pendidikan, orang asli dan mualaf.
Yayasan Ikhlas (YI) merupakan sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258). Dalam Yayasan Ikhlas, terdapat empat teras strategik yang mendasari segala aktiviti Yayasan Ikhlas iaitu Pendidikan & Penyelidikan, Kebajikan & Kemanusiaan, Sosial & Kemasyarakatan dan Dakwah.

VISI

  • Menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030

MISI

  • Melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan demi agama, bangsa dan negara

  • Untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, faqir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka
  • Untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia
  • Untuk memelihara dan memajukan kebudayaan dan taraf hidup sosial orang-orang Melayu dan Islam

DATO' MOHD ROSLI RAMLI l Pengerusi Eksekutif 

Berpengalaman dan  berpengetahuan luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan terutamanya pengurusan organisasi berskala besar. Pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Penyelaras Pelaksanaan. Pernah juga menjawat jawatan sebagai Pegawai Kemajuan Negeri di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor. 

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN OPERASI