Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Soum arkoun anak mealesai

5Sept 2017
Soum arkoun anak mealesai

Segala puji bagi Allah SWT, pada hari terakhir ibadah korban 1438H ini, segala amanah yang diberikan peserta korban di Kemboja melalui Yayasan Ikhlas telah berjaya diselesaikan sebaiknya.

Pada semalam, pihak Yayasan Ikhlas yang diwakili En. Fathil telah hadir ke Kampung Senjumren, Tboung Khmom bagi menyaksikan serta mengumpul laporan pelaksanaan ibadah korban. Seperti sedia maklum, korban di Kemboja dibawah kelolaan Yayasan Ikhlas disampaikan ke tiga lokasi utama;

1. Kampung Senjumren, Tboung Khmom - sebanyak 18 ekor lembu dikorbankan - 15 ekor sudah disempurnakan korbannya pada hari raya Aidil Adha - tiga ekor lagi disempurnakan korbannya semalam - Kampung Senjumren menjadi pusat kepada hampir 30 buah kampung masyarakat Islam yang berdekatan sempena ibadah korban tahun ini dan sebahagian hasil korban telah disampaikan ke kampung-kampung tersebut

2. Kampung Olung, Kratie - sebanyak lima ekor dikorbankan - kelima-lima ekor lembu tersebut telah disempurnakan korbannya pada hari raya Aidil Adha lagi

3. Kampung Congklong, Pursat - sebanyak lima ekor dikorbankan - kelima-lima ekor lembu tersebut telah disempurnakan korbannya semalam

"Kegembiraan jelas terpancar pada wajah-wajah masyarakat kampung baik yang tua, dewasa mahupun anak-anak kecil. Ada juga di kalangan penerima sumbangan mendoakan kebaikan buat para penyumbang lembu korban."

"Harapan saya, moga hubungan kekeluargaan diantara kita di Malaysia dengan mereka disini kekal dalam ingatan serta doa biarpun mungkin tak mampu untuk bertemu secara fizikal. Setiap sumbangan rakyat Malaysia amatlah mereka hargai."

"Dan tak dilupakan juga, saya mewakili Yayasan Ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua rakan kerjasama; Amani Travel, Darul Insyirah, Persatuan Kerabat Haji Ismail, El Fateh Travel & Tours, Surau Al-Islah Seksyen 7 Shah Alam, Surau Al-Islah Kajang Mewah, dan Intisar Vacation Travel & Tours serta para peserta yang menjayakan misi korban dan aqiqah di Kemboja pada tahun ini. Moga Allah menerima ibadah kalian serta diberkati rezekinya, InshaAllah ameen."

En Fathil, Pembantu Pegawai Operasi, Yayasan Ikhlas