Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Yayasan Ikhlas santuni 150 asnaf

16Jun 2017
Yayasan Ikhlas santuni 150 asnaf

SHAH ALAM - Kira-kira 150 orang asnaf disantuni dan menerima sumbangan sempena dengan kemuncak program Bakul Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas.

Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Ir Kamaruddin Kassim berkata, program berkenaan juga merupakan anjuran bersama Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 dan turut mendapat kerjasama sukarelawan daripada Pembina Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Pembina Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana.

“Program kali ini agak unik kerana ia dibuat sepanjang hari bersama anak-anak pelajar dari Mahaad Tahfiz Dan Pusat Tarbiyah Darul Pekima dan Pertubuhan Baitul Lathofah dengan beberapa pengisian menarik.

“Ini juga merupakan program kemuncak kepada semua 33 program Bakul Kasih Ramadan, di mana kita sasarkan kira-kira 2,500 asnaf mendapat manfaat.

“Antara pengisisan sepanjang program ini termasuklah kelas robotik, explorace rohani serta agihan kira-kira 2,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai di kawasan sekitar,” katanya.

Pada program sama, turut disampaikan penyerahan sumbangan kepada 150 orang asnaf serta sumbangan kepada empat buah maahad iaitu Mahaad Tahfiz Dan Pusat Tarbiyah Darul Pekima(RM2,000), PertubuhanBaitul Lathofah (RM2,000), Baitul Ulfah Centre (RM2,000) dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (RM2,000).

Menurutnya, program berkenaan dilihat mampu memberi impak yang positif secara lebih menyeluruh.

Malah, pendedahan dan nilai tambah sepanjang program ini juga mampu memberi kesan untuk jangka masa panjang khususnya dalam diri peserta.

“Pengisian seperti kelas robotik misalnya, saya lihat mampu beri pendedahan kepada pelajar ini terhadap dunia robotik dan teknologi yang ada.

“Kelas robotik ini bukan sahaja cukup menarik, malah mampu memberi nilai tambah kepada anak-anak ini.

“Saya di pihak Yayasan Ikhlas berharap pada masa akan datang, akan ada lebih banyak sumbangan dan penyertaan masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.