Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Makanan Iftar & Sahur Untuk Rohingya

25Mei 2017
Makanan Iftar & Sahur Untuk Rohingya

25 Mei, Bandar Baru Bangi – Yayasan Ikhlas, sebuah Pertubuhan Peduli & Prihatin, akan menyediakan makanan iftar dan sahur untuk pelarian Rohingya di Bangladesh.

Diriwayatkan bahawa apabila tibanya Ramadan, Salafussoleh Al-Zuhri (124H) menyebut pada orang ramai: Ianya adalah bulan tilawah al-Quran serta memberi orang makan. (Kitab Lata'if al-Ma'arif oleh Ibn Rajab al-Hanbali). =

Yayasan Ikhlas mengajak umat Islam untuk bersama-sama menyumbang bagi projek Ramadhan untuk Rohingya. Projek ini akan dijalankan di 4 kawasan, di mana makanan disediakan di masjid Abu Bakar Siddique, masjid Jamek Aziznagor Lama di Bandorban. Dua lagi masjid iaitu Sattar mas factory jamek masjid dan Baitul Ijjat Jamek Masjid.

Di setiap tempat (masjid), lebih kurang 100 orang disediakan makanan sepanjang Ramadhan.

Menurut rakan kerjasama NGO di sana, ada 30 kawasan yang perlu bantuan untuk Ramadhan ini. Buat masa sekarang, Yayasan Ikhlas hanya mampu membantu 4 kawasan sahaja. Kami memerlukan sumbangan anda bagi membolehkan kami menyediakan makanan Ramadhan untuk Rohingya.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan melalui akaun YI seperti di bawah:

No. Akaun Maybank : 5628 3463 6228
No. Akaun CIMB : 8600 601 366

Maklumkan jumlah sumbangan kepada :
En Syafiq Syahmi (012 9790211)
Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas