Produk Yayasan Ikhlas

Team IKHLAS

Yayasan Ikhlas ingin mengumpulkan sukarelawan dari pelbagai bidang dan kemahiran bagi melaksanakan misi-misi bantuan kemanusiaan dan kebajikan yang dijalankan Yayasan Ikhlas. Justeru itu, mereka mampu menyumbang kemahiran dan skil mereka masing-masing untuk kebaikan umat.

Dalam bantuan banjir Pantai Timur awal tahun 2015, seramai 1016 sukarelawan telah digerakkan ke kawasan banjir memberi khidmat bantuan sama ada di fasa 2 dan fasa 3 keadaan. Dalam projek-projek lain seperti Ibadah Korban, Bakul Kasih Ramadhan, Bantuan Banjir Kelantan 2017, ramai sukarelawan yang telah melibatkan diri bersama Yayasan Ikhlas.

Dalam data penyertaan Sukarelawan yang telah Yayasan Ikhlas lancarkan sejak 4 tahun lalu, kita telah berjaya mendapatkan lebih dari 1349 pendaftaran dari orang awam yang berminat menjadi sukarelawan. Data ini telah dibahagikan kepada 24 kawasan di seluruh Malaysia.