Produk Yayasan Ikhlas

Tabung Pendidikan

Mendapatkan pendidikan yang baik merupakan hak setiap manusia. Dan dalam pelaksanaannya bukan hanya kewajipan pada pemimpin negara saja namun ia melibatkan seluruh elemen yang ada.

Dimana ketika ada orang terhambat dalam belajar ataupun sekolah, maka yang lain memiliki kewajipan untuk membantu. Mungkin kita sudah sering mendengar bahwa ada anak-anak luar sana tidak dapat melanjutkan sekolah kerana ketiadaan wang bagi membeli kelengkapan sekolah, atau tiada daya bagi menyelesaikan bayaran yang dikenakan sekolah.

Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan Peduli & Prihatin yang mempunyai empat teras iaitu Kebajikan & Kemanusiaan, Sosial & Kemasyarakatan, Dakwah dan yang terakhir Pendidikan & Penyelidikkan mengambil inisiatif menjalankan KIT BANTUAN KE SEKOLAH kepada mereka yang memerlukan.

KIT BANTUAN KE SEKOLAH ialah inisiatif kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan Yayasan Ikhlas bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pembelajaran. Sebenarnya Yayasan Ikhlas telah melaksanakannya selama 2 siri iaitu pada hujung tahun 2015 seramai 940 pelajar dan pada hujung tahun 2016 seramai 869 orang.

KIT BANTUAN KE SEKOLAH ini diharapkan agar dapat memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada pelajar-pelajar berkenaan memandangkan sesi persekolahan bakal bermula seawal tahun hadapan. Data statistik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2016 bulan Mei, seramai 2,188,525 pelajar berada di sekolah menengah seluruh Malaysia meliputi sekolah Bandar dan luar Bandar. Dianggarkan 4.3% rakyat Malaysia berada dalam tahap kemiskinan, di mana Bumiputera menduduki tangga tertinggi, iaitu sebanyak 2.2% dan diikuti oleh bangsa India dengan jumlah sebanyak 1.8%.

KIT BANTUAN KE SEKOLAH ini telah dapat memberi sedikit sebanyak keringanan kepada ibu bapa pelajar-pelajar ini memandangkan sesi persekolahan bakal bermula, dan memerlukan belanja yang besar untuk membeli pakaian dan bayaran yuran.