Produk Yayasan Ikhlas

Qurban & Aqiqah

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, umat Islam seluruh dunia akan meraikannya dengan mengerjakan ibadat haji di Makkah dan melaksanakan ibadat Korban. Semua ini dilaksanakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadat korban adalah bertepatan dengan dalil Al-Quran dan Hadis dan diantaranya adalah seperti berikut :

فصل لربك وانحر

Yayasan Ikhlas dengan pengalaman selama lebih 6 tahun telah melaksanakan Ibadah Korban di banyak negara dan tempat yang memerlukan. Pada tahun 2015, Yayasan Ikhlas menjalankan ibadah Korban di Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah di Lhokseumawe, Aceh, dan 10 ekor di Sekolah Rendah Islam Bersepadu Musa-Asiah (SERPAMA) di Kemboja. Selain itu, Yayasan Ikhlas juga menjalankan penyembelihan 35 ekor lembu di Padang Majlis Daerah Dabong, Manik Urai Kuala Krai yang merupakan kawasan bencana banjir paling tragis pada akhir tahun 2014. Dan diteruskan lagi dengan 31 kawasan lagi seluruh Malaysia. Pada tahun 2016, Yayasan Ikhlas membesarkan lagi kawasan pengagihan daging ke Pulau Panjang di Thailand & Daerah Dhaka serta Kushtia di Bangladesh.

Untuk makluman semua, tahun 2016, adalah tahun ketiga Yayasan Ikhlas melangkah kaki ke Kemboja, dan dilaksanakan di 3 tempat orang Islam miskin iaitu di Kampung Svay Khleang dalam Daerah Krauch Chmar, di Kampung Chhnang dan Kampung Senjumren. Setiap perkampungan ini menempatkan orang muslim hampir 500 keluarga seramai 2200 orang secara purata.

Di Lhokseumawe, Aceh pula, peristiwa musibah Gempa dan Tsunami yang melanda Aceh pada tanggal 26 Disember 2004 lalu, telah membuat keadaan Aceh berada dalam keadaan menghayat hati, buruk dan tidak mampu bangkit. Yayasan Ikhlas dengan kerjasama PKPU Indonesia dan Yayasan Ar-Raudhah telah mengumpulkan anak-anak yatim, yang kemudian dikumpulkan dalam sebuah pondok, maka lahirlah pondok yatim yang diberi nama Tsunami Orphan House. Pada 26 Disember 2006 pondok ini telah diubah nama menjadi Pondok Yatim Tahfiz Ar-Raudhah Lhokseumawe. Projek Korban akan dijalankan setiap tahun di sini, dan daging-daging Korban diberi kepada Pondok Yatim Tahfiz serta penduduk sekitar yang memerlukan.

Di Bangladesh, Yayasan Ikhlas menjalankan ibadah Korban sebanyak 47 ekor di 40 madrasah sekitar Dhaka dan Kushtia. Pada tahun 2016, sebanyak 11 madrasah di Dhaka dan 18 madrasah di Kustia, manakala 11 lagi di daerah-daerah lain terima sekurang-kurangya seekor lembu. Daging-daging ini diagihkan kepada pelajar-pelajar yang menetap di madrasah, orang kampung sekitar yang miskin serta untuk madrasah sendiri.

Di Malaysia pula pada tahun 2015, kita berjaya menjalankan di 34 kawasan seluruh Malaysia, di mana ia melibatkan kerjasama bersama badan-badan keselamatan Negara seperti Balai Bomba Kemaman, Kem Pemulihan Penagih Dadah di Jitra, Kedah, Balai Polis Shah Alam dan lain-lain. Sebanyak 35 ekor juga berjaya dijalankan di 3 kawasan di Kelantan yang merupakan kawasan bencana banjir akhir tahun 2014. Program skala besar yang diadakan adalah di Manik Urai dengan mengorbankan 25 ekor kesemuanya.

Jadikanlah Korban yang dikerjakan ikhlas dan diniatkan hanya semata-mata untuk Allah SWT, tidak kepada selain daripada-Nya, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianuggerahkan Allah yang tidak terhingga banyaknya.