Produk Yayasan Ikhlas

Dakwah Muallaf

Pihak Yayasan Ikhlas telah membuat kajian lapangan dan mengenalpasti kawasan-kawasan bandar dan pedalaman, sama ada semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Jika di Sarawak, Yayasan Ikhlas telah menjalankan projek dakwah mualaf yang dipanggil sebagai Anjung Ikhlas di sebuah kampung kecil di daerah Serian iaitu Kampung Taee. Di Sabah, projek seperti ini dijalankan dengan kerjasama Maybank Islamic dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah di kampung Pangkalan Mangkapon, Pitas, Sabah pada tahun 2016 selama 12 bulan.

Di semenanjung, usaha projek Dakwah Mualaf dijalankan di kawasan-kawasan perkampungan orang asli melalui projek bantuan keperluan asas yang dijalankan sumbangan sama ada korporat atau persatuan universiti.

Ketika program, asas Fardu Ain perlu di beri tunjuk ajar agar mereka dapat mengenalpasti asas halal dan haram dalam kehidupan seharian, malah perkara asas dalam aqidah juga akan diberi perhatian agar mereka tidak tersasar dari landasan aqidah yang betul seperti yang digariskan oleh rasul SAW. Program ini dirancang untuk dijalankan secara konsisten dengan menaja pendakwah yang dapat berkhidmat di sesebuah perkampungan sasaran. Perbincangan dengan pendakwah juga akan turut dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan prasarana dan kelengkapan pembelajaran sentiasa cukup serta ditambah baik dari hari ke hari.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF