Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Pengumuman Ibadah Korban & Akikah 1438H

25Julai 2017
Pengumuman Ibadah Korban & Akikah 1438H

25 Julai, Bandar Baru Bangi – InsyaAllah, Yayasan Ikhlas pada tahun ini akan menjalankan Ibadah Korban & Akikah di kawasan yang memerlukan dalam 6 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Aceh, Kemboja, Bangladesh dan Makkah.

Di Malaysia, Yayasan Ikhlas memfokuskan ibadah dijalankan di Sabah dan Sarawak serta Kedah. Di Sabah Sarawak, kawasan utama adalah perkampungan mualaf seperti tahun-tahun lalu. Di Kedah, kita jalankan di Baling dan Sik, kawasan masyarakat berpendapatan rendah.

Bagi ibadah korban di Bangladesh, kita jalankan di dua kawasan iaitu di Kushtia (sebelah barat Bangladesh) dan di Ukhiya, Cox's Bazar, kawasan kem pelarian Rohingya.

Bagi ibadah korban di Kemboja, ibadah dijalankan di Kg Senjumren daerah Tboung Khmom dan Kg Olung daerah Kratie. Kawasan Kg Senjumren ini adalah kawasan pedalaman yang mengambil masa 6 jam perjalanan dari Phnom Penh, manakala Kg Olung mengambil masa perjalanan 3 jam dari Kg Senjumren.

Di Aceh pula, seperti kebiasaan tahun-tahun lalu, ibadah korban dijalankan di Pondok Yatim Ar Raudhah, Lhokseumawe bersama 84 orang anak-anak yatim yang tinggal di Pondok Yatim.

Thailand, tahun ini merupakan kali kedua Yayasan Ikhlas menjalankan ibadah korban di sini. Ibadah korban dijalankan di Pulau Panjang, Satun di mana kawasan ini diduduki ramai umat Islam dan dipinggirkan kerajaan Thailand.

Di Makkah pula, ini adalah kali pertama kami menjalankan ibadah korban dan akikah di sini. Sebenarnya, Yayasan Ikhlas ingin membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjalankan aqiqah kambing dengan harga yang murah.

Alhamdulillah, pada tahun lepas, 7500 orang yang memerlukan telah menerima daging korban penyertaan dari rakyat Malaysia. Tahun lepas, hanya 5 negara Yayasan Ikhlas masuk dan menghantar 2 wakil di setiap kawasan bagi menyediakan laporan bergambar sebagai bukti ibadah dijalankan.

Yayasan Ikhlas ingin mengajak Dato' / Datin / Tuan / Puan / Cik untuk sertai Program Ibadah Korban & Akikah tahun ini. Ibadah Korban serendah RM 320 di kawasan yang betul-betul memerlukan.

Setiap penyertaan ibadah korban / akikah, RM 5 akan disumbangkan kepada Maahad Tahfez Al Fateh (Salah seorang pengasas Maahad : Ustaz Mohd Rusdi Alias, Pengasas Akademi Hud-Hud dan mengendalikan segmen ” Hayya Bil Arabiah” di radio IKIM.fm)

Pendaftaran boleh dibuat secara online di : bit.ly/ibadahkorbanakikah1438h

Untuk pertanyaan atau makluman, boleh hubungi kami di talian 017 6156725 (Hafizah) 03 8926 5954 (Pejabat)

Untuk pembayaran penyertaan, boleh dibuat terus ke akaun Yayasan Ikhlas di CIMB Islamic 8600 601 366 Maybank Islamic 5628 3463 6228