Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Kutipan sumbangan Ramadhan untuk Rohingya berakhir 10 Jun

5Jun 2017
Kutipan sumbangan Ramadhan untuk Rohingya berakhir 10 Jun

5 Jun (10 Ramadhan 1438H), Bandar Baru Bangi – Yayasan Ikhlas, sebuah Pertubuhan Peduli & Prihatin, setakat hari ini telah menaja jamuan berbuka puasa di 4 kawasan kem pelarian Rohingya sepanjang Ramadhan.

Kawasan tersebut adalah di :
1. Masjid Abu Bakar Siddique
2. Masjid Jamek Aziznagor Lama di Bandorban
3. Sattar mas factory jamek masjid
4. Baitul Ijjat Jamek Masjid

Yayasan Ikhlas mengajak umat Islam untuk bersama-sama menyumbang bagi projek Ramadhan untuk Rohingya. Kami cuba mensasarkan lebih banyak kawasan untuk bantuan ini namun atas faktor kekurangan sumbangan, kami terhadkan kepada 4 kawasan.

Kutipan sumbangan akan dijalankan sehingga 15 Ramadhan iaitu pada 10 Jun 2017.

Jika sumbangan yang diterima dalam masa beberapa hari ni bertambah, kami akan menyediakan jamuan Ramadhan di kawasan baru dalam kem pelarian Rohingya. Kami memerlukan sumbangan anda.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan melalui akaun YI seperti di bawah:

No. Akaun Maybank : 5628 3463 6228
No. Akaun CIMB : 8600 601 366

Maklumkan jumlah sumbangan kepada :
En Syafiq Syahmi (012 9790211)
Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas