Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Kami redah laut untuk sampaikan daging..

6Sept 2017
Kami redah laut untuk sampaikan daging...

Alhamdullillah ibadah korban dan akikah telah sempurna dilaksanakan dengan cemerlang di Thailand pada tahun ini. Ini merupakan tahun kedua ibadah korban dijalankan di Thailand dengan kerjasama penduduk tempatan di Satun.

Empat ekor lembu berjaya disembelih di Pulau Puju dan Pulau Berseri, Thailand. Jika tahun sebelumnya, kita jalankan di Kampung Panjang, Satun.

Daging-daging lembu diagihkan kepada masyarakat miskin di kawasan setempat dan menjalankan kenduri secara rewang seperti adat orang Malaysia suatu ketika dahulu ketika kenduri kahwin.

Menariknya, di sana semangat ukhuwah dan kemasyarakatan sangat tinggi sehingga mereka kenal antara satu sama lain mencecah 3000 penduduk yang terdiri daripada berlainan kampung.

Terima kasih diucapkan kepada Masjid Al Ikhlas Shah Alam dan I-Medik kerana bekerjasama dalam penganjuran program Ibadah Korban di Thailand pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam ibadah korban di Thailand pada tahun ini, juga kepada peserta yang telah memberi sedekah korban. Saya berharap projek ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang di Thailand dan banyak lagi penyertaan dari masyarakat di Malaysia demi membantu saudara-saudara muslim kita.

Semoga Allah menerima ibadah korban dan akikah kita.