Bantuan anda diperlukan

Hulurkan bantuan ringankan beban

Tabung Bencana Sumbangan Nelayan

Kami menyasarkan untuk menyerahkan bantuan kepada seramai 200 keluarga pada 16 dan 23 Disember 2018 di Dungun, Terengganu

Kutipan Sekarang: RM 150.00
Jumlah diperlukan: RM 24,000.00

Humanitarian Aid for Rohingya Refugee

Ayuh bantu kami menjayakan hasrat membantu saudara Muslim Rohingya yang berhadapan dengan penghapusan etnik.
Kutipan Sekarang: RM 173,685.00
Jumlah diperlukan: RM 1,564,800.00

KIT Bantuan Ke Sekolah 2019

"Ukirkan Senyuman Mereka Dengan Sumbangan Anda". Kami mensasarkan seramai 1,550 orang pelajar yang kurang berkemampuan bagi menerima bantuan persekolahan pada tahun 2019.

Kutipan Sekarang: RM 110.00
Jumlah diperlukan: RM 310,000.00

Produk Inisiatif Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas menyediakan 13 Produk Inisiatif

Aktiviti-Aktiviti Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas akan mengadakan program Sunathon di empat kawasan pedalaman Sarawak pada November ini. Kawasan pedalaman yang akan dikunjungi Yayasan Ikhlas ialah Pekan Kapit, Pekan Song, Pekan Belaga dan Kampung Sungai Asap. Program Sunathon ini merupakan siri 3 dijalankan oleh Yayasan Ikhlas di Sarawak. Sebelum ini, siri pertama dijalankan di Bintulu dan siri kedua di Kuching. Pada siri ketiga ini, program Sunathon dijalankan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Kapit dan beberapa klinik kerajaan yang berdekatan dengan lokasi program.
Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, menjayakan ibadah korban dan akikah membabitkan 211 ekor lembu dan 21 ekor kambing di 4 buah negara iaitu Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan Malaysia. Ibadah itu telah memberi manfaat kepada lebih 15,500 warga miskin, anak-anak yatim, pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh - Myanmar, pelajar di pondok dan madrasah, masyarakat mualaf di Sabah dan Sarawak, termasuklah masyarakat di kawasan pedalaman yang jarang sekali merasai daging lembu atau kambing.
Yayasan Ikhlas memberi bantuan berterusan kepada pelarian Rohingya di Kem Pelarian Kutupalong, Kem Pelarian Leda dan kawasan sekitar Ukhiya, Cox's Bazar dan Teknaf. Bantuan yang diberikan dalam bentuk pembinaan telaga air, pembinaan madrasah, sumbangan makanan, selimut dan karpet solat.
Projek Bantuan Kemanusiaan di Kemboja dijalankan di Kg Senjumren, Tboung Khmom dan Kg Olung, Kratie. Antara projek utama yang disasarkan adalah Pembangunan Pendidikan (Pembinaan Sekolah), pembinaan telaga air (Tube well) dan ibadah qurban & aqiqah.

Penaja dan Rakan Kerjasama