Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

7000 orang dari 5 negara terima daging korban

16Sept 2016
7000 orang dari 5 negara terima daging korban

16 Sept, Bandar Baru Bangi – Yayasan Ikhlas, sebuah Pertubuhan Peduli & Prihatin, telah menjalankan Ibadah Korban & Akikah di 5 buah negara termasuk di Malaysia, Bangladesh, Kemboja, Thailand dan Aceh.

Jumlah penerima manfaat daging dianggarkan seramai 7000 orang di mana di Bangladesh, daging diedarkan di 40 madrasah. Di Bangladesh ini, kerjasama dijalankan bersama Sabeelul Huda Education Foundation.

Di Kemboja, Yayasan Ikhlas bersama I-Vacation bersama mengumpul penyertaan korban sebanyak 18 ekor dan dijalankan di 3 buah kampung iaitu di Kampung Chnang, Kampung Congklong, Pursat dan Kampung Kancung Senjey, Kraceh.

Di dalam Malaysia, ibadah korban dijalankan di Kelantan bersama masyarakat Manik Urai, Kemaman, Sarawak di Bintulu dan Kuching bersama masyarakat Mualaf, dan Sabah di Pitas, Kudat serta Kota Marudu. Di Malaysia, ibadah korban banyak dijalankan bersama masyarakat mualaf dan masyarakat kawasan pendalaman.

Ibadah Korban di Sabah dijalankan bersama Surau Al Amin, Dataran Maybank yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak 16 ekor lembu.

Di Aceh, ibadah korban dijalankan di Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah. Daging-daging korban ini turut diedarkan kepada masyarakat miskin sekitar Pondok Yatim Tahfiz. Di Aceh ini, ibadah korban dijalankan bersama Institut Jantung Negara (IJN) dan Fakulti Sains Teknologi, UiTM Shah Alam.

Alhamdulillah, semua program di setiap kawasan berjalan dengan lancar. Ir Hj Kamaruddin Kassim, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas berkata,

" InsyaAllah, tahun depan Yayasan Ikhlas merancang untuk memperluaskan lagi kawasan penyerahan daging korban. Mungkin India atau Vietnam menjadi tumpuan kerana di sana juga ada umat Islam yang memerlukan bantuan. "