Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Makanan Iftar & Sahur Untuk Rohingya

14Feb 2017
Fakta sebenar tentang Rohingya di kem pelarian

Saya pergi dan lihat dengan mata saya sendiri keadaan umat Islam di Palestin dan Rohingya. Keadaan umat Islam Rohingya di kem pelarian rohingya lebih sukar berbanding palestin. Di Palestin, sukar-sukar mereka tapi masih ada sekolah, ada air bersih, ada elektrik mengikut waktu, ada hospital. Tapi orang Rohingya, mereka tiada sumber air bersih, tiada elektrik, tiada sekolah, tiada hospital atau klinik. Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin, Professor Obstetrics & Gynaecology IMU

1. Yayasan Ikhlas telah menghantar 2 orang Professor ke Cox's Bazar, alhamdulillah kami BERJAYA melepasi sempadan Polis dan masuk ke dalam kem pelarian di Ukhiya, Teknaf

2. Sempena MUSIM SEJUK pada awal tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah sampaikan sumbangan melalui rakan NGO di Court Bazar, bagi menyediakan SELIMUT kepada keluarga-keluarga di dalam kem pelarian.

3. Keluarga di dalam kem pelarian dipanggil keluar selepas subuh berkumpul di satu kawasan... Waktu ni dipilih sebab kurang pantauan dari pihak polis Bangladesh. =

4. Selepas itu, projek bantuan diteruskan di dalam dan luar kem pelarian. Yayasan Ikhlas target dapat bina 40-50 biji tube well sebelum Ramadhan.

5. Cadangan bantuan lepas ni ialah sumbangan makanan iftar untuk Ramadhan nanti.. Jika dapat sumbangan yang banyak, insyaAllah Yayasan Ikhlas akan sampaikan sumbangan iftar seluruh Ramadhan

6. Ada orang tanya macam mana Yayasan Ikhlas sampaikan sumbangan? Sebenarnya Yayasan Ikhlas semasa misi permulaan, kami dah susun dan bina hubungan lebih dari 6 NGO Bangladesh di sana.. Dan dari situ, kita hantar sumbangan, dan mereka bantu sampaikan kepada sasaran...

Sertai kami dalam kempen Humanitarian Aid To Rohingya
Sumbangan minimum RM10 ke mana-mana akaun Yayasan Ikhlas di bawah

No. Akaun Maybank : 5628 3463 6228
No. Akaun CIMB : 8600 601 366

Maklumkan jumlah sumbangan kepada :
En Syafiq Syahmi (012 9790211)
Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas