Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Dakwah Bil Hal Orang Asli Sg Berjuang

7Jun 2015
Dakwah Bil Hal Orang Asli Sg Berjuang

6 & 7 Jun – Kampung Sungai Berjuang, Jerantut. Yayasan Ikhlas telah menjalankan Program Dakwah Bil Hal yang merupakan kesinambungan program dakwah yang telah dijalankan sebelum ini bagi memperkasakan Dakwah Islamiyyah di kalangan masyarakat Orang Asli agar mereka menghayati dan mangamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Sebagai sebuah NGO yang mempunyai teras Dakwah, Yayasan Ikhlas tidak meninggalkan kewajipan menyebarkan risalah dakwah kepada masyarakat orang asli ini menjadi satu sisi kekuatan bagi Islam. Aktiviti kali ini, Yayasan Ikhlas dengan kerjasama I-MEDIK, Jabatan Pejabat Daerah Jerantut, Sekolah Rendah Batu Balai dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). =

Objektif dalam program ini adalah untuk memberi pendedahan dan penekanan tentang Aqidah Islamiyyah di kalangan masyarakat Orang Asli bagi mengelakkan gejala murtad, Mengukuhkan kfahaman asas fardhu ain dan amalan harian serta Memberi penekanan tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan selaras dengan tuntutan Islam sebagai cara hidup.

Tn. Hj Zaim Shaari menyebut dalam ucapannya ketika merasmikan majlis perasmian Dakwah Bil Hal siri 2 ini, “Yayasan Ikhlas sentiasa mengutamakan projek-projek islami yng merupakan teras dakwah dalam Yayasan Ikhlas. Hari ini kita berhadapan dengan golongan evangelist yang sentiasa mencari peluang mendekati golongan orang asli bagi mendokong aspirasi mereka dan menentang islam. Usaha menkristiankan masyarakat dan Negara ini berjalan setiap masa dalam keadaan senyap dan terbuka.

Dalam dua hari ini, masyarakat orang asli ini diajar Adab Memegang , Membaca dan Menyimpan Al-Quran/Bacaan Al-Quran, ceramah mengenai Al-Quran Mukjizat Teragung, majlis berkhatan, ceramah kesihatan wanita, pemeriksaan kesihatan, kesihatan pergigian dan lawatan rumah ke rumah.