Activities / 2019 News

Yayasan Ikhlas jayakan 'SUNATHON SARAWAK'

Penulis: Syafiq Syahmi Sazali
3
Dis
2018

Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan Peduli dan Prihatin, telah bergerak ke empat kawasan pedalaman di Sarawak bagi mengadakan program Sunathon siri ketiga pada 23 November sehingga 30 November lalu.

Pegawai Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi Sazali berkata, program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) yang telah menjadi tenaga kerja ketika projek Sunathon.

Beliau berkata, antara kawasan pedalaman yang dikunjungi Yayasan Ikhlas ialah Pekan Kapit, Pekan Song, Pekan Belaga dan Kampung Sungai Asap.