Berita

Pengumuman Ibadah Korban & Akikah 1439H

Penulis: Nurul Husna Che Hamzah
2
Julai
2018

2 Julai, Bandar Baru Bangi – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, akan menjalankan Ibadah Korban di kawasan yang memerlukan dalam 5 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Aceh, Kemboja dan Bangladesh.

Di Malaysia, Yayasan Ikhlas memfokuskan ibadah dijalankan di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak, kawasan utama adalah perkampungan mualaf dan kawasan pedalaman seperti tahun-tahun lalu.

Bagi ibadah korban di Bangladesh, kita jalankan di sebelah barat Bangladesh dan di kem pelarian Rohingya, Cox's Bazar. Di Cox’s Bazar terdapat lebih kurang 10 kem yang diduduki hampir 1 juta pelarian Rohingya.

Bagi ibadah korban di Kemboja, ibadah dijalankan di 4 kawasan iaitu di Kampung Svay Khleang di daerah Krauch Chmar, Kampung Congklong di daerah Pursat, Kampung Senjumren di daerah Tbong Khmom dan Kampung Olung di daerah Kratie. Setiap kampung ini diduduki lebih kurang 500 keluarga orang Islam.

Di Aceh pula, seperti kebiasaan tahun-tahun lalu, ibadah korban dijalankan di Pondok Yatim Ar Raudhah, Lhokseumawe bersama 84 orang anak-anak yatim yang tinggal di sana. Daging-daging sembelihan turut diedarkan kepada keluarga-keluarga miskin di sekitar.

Di Thailand, Yayasan Ikhlas menjalankan ibadah korban di perkampungan Muslim yang berada di kawasan pedalaman dan dipinggirkan kerajaan Thailand. Tahun lalu, Yayasan Ikhlas menjalankan lebih kurang 5 ekor di dua kampung dalam daerah Satun.

Alhamdulillah, seramai 9100 orang telah menerima sumbangan daging korban pada tahun 2017. Tahun ini sasaran kami dalam 430 ekor di mana penerima dalam 30 ribu orang menerima daging korban. InsyaAllah.

Yayasan Ikhlas ingin mengajak Dato' / Datin / Tuan / Puan / Cik untuk sertai Program Ibadah Korban tahun ini. Ibadah Korban serendah RM 350 di kawasan yang betul-betul memerlukan.

Pendaftaran boleh dibuat secara online di : bit.ly/sertaiibadahkorban

Untuk pertanyaan atau makluman, boleh hubungi kami di talian +6029790211 (Syafiq) 03 8926 5954 (Pejabat).

Untuk pembayaran penyertaan, boleh dibuat terus ke akaun Yayasan Ikhlas di CIMB Islamic 8600 601 366, Maybank Islamic 5628 3463 6228, Bank Muamalat 1210 0001 165 716 atau Bank Rakyat 1108 0100 1514.