Berita

30 pelajar maahad Tahfiz Al Fateh terima bantuan sekolah

Penulis: Ustaz Luqman Afifi
14
Feb
2018

Seramai 30 orang pelajar di Maahad Tahfiz Al Fateh, Batang Kali, Selangor menerima Kit Bantuan Ke Sekolah pada 14 Feb 2018.

Sumbangan yang diterima adalah beg dan alat tulis yang disampaikan sendiri oleh Tuan Hj Kamaaruddin Kassin, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan orang ramai dalam projek Kit Bantuan Ke Sekolah yang dilancarkan Yayasan Ikhlas pada November 2017.

Terima kasih kepada para penyumbang.