Berita

9 sekolah terima sumbangan dalam Kayuhan Santai

Penulis: Nurul Husna Hamzah
16
April
2018

15 April 2018 - Sebanyak 9 buah sekolah telah menerima sumbangan daripada Program Kayuhan Santai yang bermula di SRI Sg. Ramal Dalam Ahad lepas.

Program anjuran Yayasan Ikhlas, Majlis Belia Negeri Selangor dan Yayasan Bank Rakyat ini ialah satu program kayuhan amal iaitu berbasikal sambil memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah seperti :

  • SRA Sg. Ramal Luar
  • SRI Raudatul Aulad
  • SRA Sg. Ramal Dalam
  • SRI Darul Iqra
  • SRI Ehsan Bestari
  • SRI Al-Munawwarah
  • KAFAI Miftahuddin
  • SRI An-Najah
  • KAFAI SRI Intan

Penyerahan sumbangan kepada setiap sekolah telah disampaikan oleh VIP rombongan berbasikal iaitu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Dato' Mohd Rosli Ramli kepada wakil pihak sekolah

Program yang berakhir pada jam 1.30 petang itu melibatkan seramai 40 orang sukarelawan daripada IPTS seperti UNITEN yang sama-sama berbasikal untuk menyampaikan sumbangan.