Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

844 pelajar terima bantuan persekolahan 2017

22Jan 2017
844 pelajar terima Bantuan Persekolahan 2017

Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan Peduli & Prihatin, menjayakan Bantuan Persekolahan kepada pelajar miskin di 7 negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Pantai Dalam, Sabah dan Sarawak, bermula pada Disember 2016.

Bantuan berjumlah RM 168 ribu ini memberi manfaat kepada 844 pelajar miskin dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dibawah RM 1,500.00 sebulan serta keluarga mualaf di Sabah dan Sarawak. Seramai 165 pelajar miskin di Kedah, 135 pelajar di Pantai Dalam, 150 di Kelantan, 125 di Perak, 185 di Sarawak, 50 di Sabah dan 34 pelajar miskin di Johor.

Bantuan Persekolahan ini dilaksanakan dengan kerjasama beberapa badan korporat dan NGO seperti Etiqa Takaful Berhad, Affin Islamic Bank, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) dan Yayasan Nur Karangkraf.

Tumpuan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM 1500.00 mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, ICU JPM.

Setiap pelajar menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis, buku serta al quran.

Pada tahun 2016, Bantuan Persekolahan berjaya disampaikan kepada 940 pelajar miskin di 4 negeri.

1. Kedah (165 pelajar) - 17 Disember 2017 di Kampung Gulau, Daerah Sik
2. Kelantan (150 pelajar) - 21 Disember 2016 di Kediaman MB Negeri Kelantan, Kota Bharu
3. Kuala Lumpur (135 pelajar) - 29 Disember 2016 di Masjid Al Khadijiah, Pantai Dalam
4. Johor (34 pelajar) - 30 Disember 2016 di Taman Pasir Gudang Baru
5. Sabah (50 pelajar) - 6 Februari 2017 di SMK Pekan Telipok, Kota Kinabalu
6. Sarawak :
(75 pelajar) - 15 Januari 2017 di SMK Pending, Serian
(15 pelajar) - 16 Januari 2017 di Kampung Taee, Serian
(30 pelajar) - 17 Januari 2017 di SMK Melugu, Sri Aman
(35 pelajar) - 25 Januari 2017 di Kanowit
(30 pelajar) - 26 Januari 2017 di Dalat
7. Perak (125 pelajar) - 22 Januari 2017 di Maahad Al Islah, Teluk Intan