Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

1554 keluarga miskin terima sumbangan Ramadhan 2016

13Julai 2016
1554 keluarga miskin terima sumbangan Ramadhan 2016

BANDAR BARU BANGI 13 JULAI – Yayasan Ikhlas meneruskan program Bakul Kasih Ramadhan 1437H dengan mengumpulkan sumbangan orang ramai yang dikumpulkan melalui kutipan ‘online’, sumbangan ke tabung Yayasan Ikhlas dan sumbangan Badan Korporat. Sumbangan ini disampaikan kepada golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, mualaf dan mereka yang layak menerima bantuan.

Seramai 1,554 orang dan keluarga telah menerima sumbangan Ramadhan berkenaan dalam 19 misi yang dijalankan sejak 8 Jun 2016 bersamaan Ramadhan ke-3 sehingga 4 Julai 2016 bersamaan Ramadhan ke-29. Sumbangan Ramadhan Yayasan Ikhlas ini telah disampaikan kepada 1180 keluarga miskin, 274 anak-anak yatim dan miskin, 80 orang mualaf dan 20 keluarga bukan Islam.

Jumlah sumbangan yang telah disalurkan kepada 1,554 orang dan keluarga memerlukan keseluruhannya berjumlah RM 121,771.80 itu antaranya disumbangkan oleh Etiqa Takaful Berhad, PKNS Real Estates Sdn Bhd (PREC), Tesco Stores (M) Kota Bharu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, UDA Holdings Berhad, Bank Muamalat, Syarikat Abdul Ghaffar Tradding (SAG), Surau Al-Amin Dataran Maybank, Hospital Islam Az Zahrah, Syarikat Faiza, Central Sugars Refinery (CSR), Customs KL, Hospital Kajang, Maghfirah Pustaka, Kopi Press dan Tarbiah Sentap.