Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

1554 keluarga miskin terima sumbangan Ramadhan 2016

14Julai 2015
1350 keluarga miskin terima sumbangan Ramadhan dalam 15 misi

BANDAR BARU BANGI 14 JULAI – Sebanyak 15 misi sumbangan telah berjaya dijalankan Yayasan Ikhlas jayanya dalam bulan Ramadhan 1436H dengan kerjasama pelbagai pihak dari NGO dan Jabatan Agama Negeri. Sasaran asal adalah seramai 1190, dan berjaya dicapai dengan mencatatkan 1350 orang dan keluarga asnaf di seluruh Malaysia.

4 cawangan Yayasan Ikhlas di Sabah, Sarawak, Kemaman dan Kota Bharu serta di Pusat telah menjalankan kutipan sumbangan ramadhan melalui pembukaan ‘booth’ di beberapa karnival, meletakkan tabung di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai, serta melalui pendekatan ‘online’. Melalui sumbangan orang ramai, Yayasan Ikhlas telah berjaya melaksanakan majlis sumbangan ramadhan kepada target sasaran sebanyak 15 misi.

Dengan bantuan daripada orang tempatan, kawasan penempatan masyarakat muallaf dan miskin dapat kami jejaki dan menghulurkan bantuan sumbangan yang dikumpulkan. Kutipan sebanyak RM 91,472.00 telah berjaya dikumpulkan sepanjang bulan ramadhan.

Dalam 15 misi ini, Yayasan Ikhlas mencatatkan seramai 294 orang anak yatim telah menerima sumbangan, keluarga miskin seramai 170 keluarga, keluarga muallaf seramai 186 keluarga, 500 orang mangsa banjir, lebih kurang 100 orang rohingya dan 100 pesakit hospital.

Berikut adalah 15 misi yang telah dijalankan:
1. 6 Ramadhan – Sumbangan Baju Raya, duit raya dan majlis Iftar Nur Kasih Ramadhan bersama 40 orang anak yatim
2. 11 Ramadhan – Majlis Iftar dan sumbangan raya dalam Karnival Vendor PICC Putrajaya bersama 40 orang anak yatim
3. 11 Ramadhan – Majlis Iftar Yayasan Ikhlas Sabah bersama Muallaf di Kg Muhibah, Sembulan, Sabah
4. 11 Ramadhan – Majlis Iftar Yayasan Ikhlas Sarawak bersama Muallaf di Baitul Ihtimam
5. 16 Ramadhan – Semarak Ramadhan bersama 50 keluarga muallaf dan miskin di Masjid Al Muslihin, Dalat
6. 16 Ramadhan – Semarak Ramadhan bersama 60 keluarga muallaf dan keluarga miskin di SMK Pending, Sarawak
7. 17 Ramadhan – Bakul Kasih Ramadhan bersama 40 remaja dari keluarga miskin di Jenderam Hulu
8. 18 Ramadhan – Bakul Kasih Ramadhan bersama 50 keluarga miskin dan fakir di Jeram, Klang
9. 24 Ramadhan – Bakul Kasih Ramadhan kepada 300 keluarga asnaf mangsa banjir di Kediaman Menteri Besar Negeri Kelantan JKR 10 Kg. Sireh.
10. 24 Ramadhan - Iktikaf dan Iftar Jamai'e Bersama 70 orang anak yatim dan asnaf assolihin di Kanchong Darat, Banting
11. 25 Ramadhan – Semaian kasih Ramadhan kepada 80 orang anak yatim, 100 pesakit di hospital Tuanku Jaafar dan 50 keluarga miskin di Seremban
12. 25 Ramadhan – Bakul Kasih Ramadhan bersama 50 orang muallaf di Kg Mesulog, Kota Marudu
13. 27 Ramadhan – Iftar Perdana dan Bakul Kasih Ramadhan kepada 200 mangsa banjir di Manek Urai Lama
14. 27 Ramadhan – Sumbangan Ramadhan kepada 64 orang anak yatim di Pondok Tahfiz Ar Raudhah, Lhokseumawe, Aceh
15. 27 Ramadhan – Majlis Berbuka Puasa bersama Etnik Rohingya

Yayasan Ikhlas mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang budiman yang telah memberikan wang ringgit untuk membantu meringankan kesusahan dan penderitaan penerima seramai 1350 orang dan keluarga.