Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Al Quran itu jadi teman mereka di dalam sel

2Mei 2017
Al Quran itu jadi teman mereka di dalam sel

2 Mei, Kajang – Yayasan Ikhlas, sebuah Pertubuhan Peduli & Prihatin, telah menjalankan penyerahan 141 Waqaf Al Quran kepada Pusat Penjara Malaysia.

Kutipan sumbangan waqaf yang telah bermula dari 16 Mac sehingga 1 Mei 2017, telah mengumpulkan sebanyak 141 naskhah Al Quran.

Al Quran ini telah diserahkan kepada TKPj Ariffin Bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan. Turut hadir sekali dalam pertemuan ini ialah Ustaz Zul Izzudin dan Ustazah Aina.

" Al Quran ini boleh digunakan oleh banduan-banduan di penjara untuk dibaca, dihayati firman Allah, muhasabah diri. Dalam sel penjara, Al Quran inilah sahabat mereka... Tak ada gangguan maksiat lagi... ", kata Tuan Ariffin.

Sambungnya lagi,
" Selepas ini, Pusat Penjara Malaysia dengan Bahagian Agama Penjara Pusat akan senaraikan jumlah banduan Muslim dan lokasi penjara. Yayasan Ikhlas boleh salurkan Al Quran ini kepada mereka mengikut jumlah yang disenaraikan... "

Alhamdulillah, Al Quran Juzuk Amma telah berjaya disampaikan. Projek ini akan berterusan dan akan disampaikan kepada sasaran banduan yang disenaraikan Pusat Penjara Malaysia.

Kami memerlukan sumbangan waqaf anda.
Sertai waqaf Al Quran RM 20 sekarang.

Untuk sertai ibadah Waqaf Quran Yayasan Ikhlas, hantarkan
1. Nama Pewaqaf
2. Resit Sumbangan Waqaf

kepada Saudara Syafiq Syahmi ( 012-9790211 )

Sumbangan waqaf anda boleh dimasukkan ke akaun Yayasan Ikhlas
CIMB Islamic 8600 601 366
Maybank Islamic 5628 3463 6228

Maklumkan sumbangan anda kepada kami di
📩 Email : yayasanikhlas2009@gmail.com
📞 Pejabat 03-89265954
📱 Whatsapp / Telegram 012-9790211

Menyemai Di Dunia, Menuai Di Akhirat