Please wait...

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com

Dekati Allah walau sakit melalui Al Quran Waqaf

9Jun 2017
Dekati Allah walau sakit melalui Al Quran Waqaf

9 Jun, Shah Alam - Yayasan Ikhlas, sebuah Pertubuhan Peduli & Prihatin, dengan kerjasama Hospital Shah Alam, Indahnya Islam dan I-Medik telah menyerahkan sumbangan Ramadhan kepada 52 pesakit.

Hospital hanya membenarkan kami untuk menjalankan penyerahan di wad Pembedahan 9A (Lelaki) dan 9B (Perempuan), iaitu seramai 52 orang pesakit menerima sumbangan berupa makanan ringan, Al Quran Waqaf, kurma, minuman, buku panduan Puasa dan lain-lain.

"Al Quran ini ada terjemahan melayu tak? ", tanya Tuan Wan yang telah ditahan di Hospital selama 5 hari kerana sakit jantung.

" Allah, terima kasih dik. Boleh saya baca sambil baring-baring kat sini. "

Ustaz Farhan, telah menyerahkan Al Quran Waqaf ini kepada pesakit, menerangkan
" Al Quran ni sebenarnya adalah sumbangan waqaf dari orang ramai. Kalau kita lihat belakang al quran tu, ada nama pewaqaf. Moga Allah bagi ganjaran kepada pewaqaf tersebut. "

Alhamdulillah, Al Quran Juzuk Amma telah berjaya disampaikan. Projek ini akan berterusan dan akan disampaikan kepada lebih ramai yang disasarkan. InsyaAllah

Kami memerlukan sumbangan waqaf anda.
Sertai waqaf Al Quran RM 20 sekarang.

Untuk sertai ibadah Waqaf Quran Yayasan Ikhlas, hantarkan
1. Nama Pewaqaf
2. Resit Sumbangan Waqaf

kepada Saudara Syafiq Syahmi ( 012-9790211 )

Sumbangan waqaf anda boleh dimasukkan ke akaun Yayasan Ikhlas
CIMB Islamic 8600 601 366
Maybank Islamic 5628 3463 6228

Maklumkan sumbangan anda kepada kami di
📩 Email : yayasanikhlas2009@gmail.com
📞 Pejabat 03-89265954
📱 Whatsapp / Telegram 012-9790211

Menyemai Di Dunia, Menuai Di Akhirat